Hari ini aku sempat bergambar di sekitar Banda Hilir Melaka sebelum aku kembali ke Sabah pada 1 Januari 2010.
Melaka merupakan kawasan pelancongan yang sangat indah. Aku respect kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Dato Seri Ali Rustam yang telah memajukan negeri Melaka dengan jayanya.
Berikut adalah gambar untuk dikongsi bersama.  8-)
Salam perantauan,
Satu Muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah
atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban
harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta
hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan
oleh itu
mari semua kita sambut ma'al hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman
Salam Maal Hijrah 1431H - menandakan permulaan kalender umat Islam sejagat. Semoga kita semua di bawah naungan Maghfirah Illahi.. Amin.
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun Hijrah
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
* http://www.youtube.com/watch?v=lSEXCuc6ak0
Salam perantauan,
Hari ini 14 Disember 2009 adalah hari ulang tahun emak aku yang ke 52...
Semoga emak dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik...
Salam perantauan,
wan fikri
* http://www.youtube.com/watch?v=B68PwcktaG4
Hari ini aku persiapkan kereta aku untuk di service sebelum aku hantar kereta aku ke Sabah pada 19 December 2009. Kereta aku akan sampai di Kota Kinabalu pada 27 Disember 2009.
Aku berharap agar kereta aku akan selamat tiba di sana dan tiada perkara buruk berlaku.
Salam perantauan,
Disertakan bersama ini adalah Jadual Gaji Bagi Kakitangan Awam Tahun 2010
* Semoga kita dapat membuat perancangan perbelanjaan kita secara berhemah.
Salam perantauan,
Baru baru ini aku ada membeli sebuah notebook untuk aku gunakan. Notebook lama aku Aspire One 10" aku dah berikan kepada adik aku.
ACER ASPIRE Timeline 4810TZ
Intel Pentium processor
SU4100 (1.3 GHz, 800 MHz FSB)
Intel GMA 4500M
Up to 796 MB DVMT
14.0" HD LED LCD
4 GB DDR3 Memory (Plus 2 GB RAM)
320 GB HDD
802.11b/g/Draft-N
8++ hours live battery (6 cell battery)
Ultra Thin <1"
Comfy Touch touchpad
EcoFriendly
Komen aku:-
Pada aku notebook ini memang berbaloi. Harga sekitar RM2400 - RM3000.
Jangka hayat penggunaan bateri sepenuhnya boleh mencecah 8 jam adalah benar. Berat notebook ini hanya 1.5kg. Disebabkan minat yang mendalam aku telah menambah DDR3 RAM kat notebook aku ini menjadi 4GB.
Salam perantauan,
wan fikri
Salam,
* http://www.youtube.com/watch?v=HeP3rXss8WU
Kepada semua rakan di FP ini, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan kita ini saya terkasar bahasa, terlanjur perbuatan sama ada secara tidak sengaja mahupun secara sengaja.
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.
Maaf zahir & batin
Ikhlas daripada,
wan fikri & sekeluarga.
* http://www.youtube.com/watch?v=k29OkOdSOJw
Akhirnya, kejayaan mereka aku raikan makan KFC. Memang itu haknya. Aku gembira begitu juga mereka. Semoga anak murid aku berjaya di Sek Men pula...  :-D
salam perantauan,
wan fikri
* http://www.youtube.com/watch?v=lOaTAV2_ibM
Sempat aku bergambar dengan murid Tahun 6. Mereka antara beberapa orang yang berjaya lulus mata pelajaran Matematik UPSR 2009. Yang lain tak sempat bergambar pasal aku sibuk sikit dan mereka bermain bola sepak.
Tahniah buat mereka! Gambar yang lain aku akan masukkan nanti.
salam perantauan,
wan fikri
Pada 18 November 2009, SK Rancangan Klias, Beaufort Sabah telah mengadakan Majlis Kecemerlangan Murid 2009 di dewan sekolah. Pelbagai anugerah diberikan kepada murid-murid yang cemerlang dari segi kurikulum mahupun kokurikulum seperti Anugerah Murid Terbaik setiap matapelajaran, kedudukan terbaik setiap kelas, jasa dan sumbangan dan sebagainya.
Tapi gambar aku je tak de pasal aku yang tangkap gambar... hehehe  ;-)
Salam perantauan,
wan fikri