Want your
own Fotopage?






 
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::-
wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu
By: Wan Fikri de Orange

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-May-2009 08:10 Email | Share | Bookmark
Hari Guru 2009

Januari 2009
Menunggu member tak kunjung tiba...
Selamat Hari Guru!


Dari kiri: Aku, Ina, Azrol, Ita, Mar, Iza

Quote:
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Sempena Hari Guru 2009 ini, saya dengan sukacita mengucapkan Selamat Hari Guru 2009 kepada semua warga pendidik di Malaysia. Sama-sama lah kita berbakti menabur budi dalam melahirkan murid yang seimbang dalam jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Al-kisah bila terkenangkan kembali aku berasa bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana aku dapat juga diberikan kesempatan memikul tanggungjawab dan amanah dalam mendidik anak bangsa di negeri Sabah tercinta ini.

Teringat aku pada minggu pertama, aku bersama dengan member aku menaiki kereta ke sekolah bersama-sama. Mana taknya kereta viva sebijik tuh muat 6 orang. Alangkah sempitnya ruang yang sarat dengan muatan manusia dan bahan mengajar.

Pada waktu itu aku bangun jam 4.30 pagi... menyiapkan sarapan yang perlu dibawa... setiap hari aku dan member aku Ina yang dari Kelantan tu (pakwe dah ada lak..) sampai ke sekolah jam 6 pagi dan balik jam 2.30 petang.



Bukan pasal sesuka datang awal menggiler dan menyusahkan pak guard.. tapi kami menyewa kereta viva 6 orang, ada la 3 destinasi sekolah perlu dituju... pasal itu aku dan kawan aku kena dihantar dulu kerana sekolah lebih dekat dari rumah dan terpaksa menunggu balik member yang dari sekolah paling jauh hampir 45 minit perjalanannya... (tertakluk kepada perubahan...)

Itu belum diambil kira member lain tuh ada meeting aarr... itu laaa...

Sekarang aku dah pun beli sebuah motosikal biasa bersama dengan member aku Ina...
Insya'allah dalam tahun nie.. aku nak hantar kereta aku di Semenanjung ke sini pulak.. dapat lah aku berjalan-jalan mencari pengalaman yang aku dahagakan...

Walau bagaimana pun aku sangat happy bila berada di sini... sekolah yang memberikan aku inspirasi untuk aku meneroka pengalaman yang tidak terhingga di bumi Sabah ini.

Harapan aku... agar murid aku mendapat ilmu sekurang-kurangnya sedikit agar itulah bekalan mereka sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah pulak.


Lagu Guru Malaysia

Salam perantauan,
wan fikri

dan jangan lupa kereta Getz hitam yg serba serbi membantu...he..he.. Sun 17-May-2009 00:29
Posted by:padie a_nadzlan@yahoo.com
ada kena mengena ker dengan kete Getz itam tu... apa aku kisah... Sun 17-May-2009 01:51
Posted by:idd idd@live.com.my  - [Link]
salam
deris..
aku rindu akan dikau
sahabat lama..
semoga dikau berbakti dengan baiknyer...
Mon 18-May-2009 02:07
Posted by:syamputra razali syamputra@yahoo.com  - [Link]
samat ari guru... Tue 19-May-2009 17:13
Posted by:MRFee fees_88@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.