 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::- wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu By: Wan Fikri de Orange
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jul-2007 07:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Di Hening Malam - Diwani
|
|
| Quote: | Diwani
Di Hening Malam
Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi
Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam
Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya
|
Lagu Di Hening Malam ini menginsafkan aku sebagai hamba Allah Yang Maha Esa. Ketika aku membelek youtube, terlihat aku video ini lantas aku melihatnya. Hampir menitis air mata betapa kerdilnya aku untuk masuk ke syurgaMu Ya Allah.
Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=xmIra84mSKo
Salah satu kegemaran aku adalah memelihara kucing... tapi kucing jantan jer... sebab kalau aku pelihara kucing betina x salah pun bukan ada scandel... sebab kucing tuh binatang, cuma aku tak mau kucing betina nie beranak dan meluaskan empayar keturunannya di rumah aku.
Pandai pulak posing untuk tangkap gambar... mana taknya aku paksa...
Kucing jantan aku berwarna oren ini aku namakan Si Merah. Warnanya yang keorenan ini menyebabkan ramai yang nak culik termasuk kucing betina... Kucing aku nie akan meningkat dewasa. Makanan kegemaran friskies dan ikan bilik. Ikan goreng besaq kucing nie tak geti nak makan. Kucing ini agak manja, bila masa Subuh si kucing inilah kejutkan aku dengan menolak kepalanya ke kepala aku sampai aku rimas, bole?
Walaupun kucing ini baik, tapi awas! Bila kucing nie buat hal aku harus buang... sapa nak isi borang!~ Chow...
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jul-2007 08:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tanya Sama Pokok
|
|
| Quote: | TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
|
Aku teringat lagu terus aku masukkan dalam fp. Bukan apa takut aku terlupa... kira semalam dengan hari nie aku upload fp nie la.. jangan lupa bagi komen...
Nanti jawab angin tanyalah awan...
Lagu Tanya Sama Pokok ini mengimbau aku masa aku di zaman kanak2 time sekolah di SRKJDP Melaka. Masa tuh ada pementasan hari guru dan lagu ini dilakonkan oleh kawan2 aku... pergh... Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=utQp-gcHBUA
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 21-Jul-2007 05:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Istana Cinta - Saloma
|
|
| Quote: | Judul lagu: Istana Cinta
Penyanyi: Saloma
Dengan cinta ku bina istana
Kau sentuh runtuh jadi pusara
Cahaya hidupku jadi gerhana
Bisa jiwa menanggung derita
Ku semai benih kasih sejati
Ku pupuk dengan baja nan asli
Mengapa kau siram racun yang pedih
Ku tahui kini hanya rasa nan pedih
Ku mimpikan istana janjimu
Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang mengganggu
Kini hancur musnah istana impian
|
Rumah Allahyarham P.Ramlee yang masih dijaga hingga kini
Lihat video clip rumah P.Ramlee di sini... http://www.youtube.com/watch?v=EkD9KIAZVxo
Hari nie aku banyak mencari biodata tentang seniman tanahair yang tiada pengganti hingga kini, Allahyarham P. Ramlee. Lihat biodatanya seperti di bawah untuk dikongsi bersama dan mengenali dengan sejarah beliau.
| Quote: | Nama: Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
Nama Samaran: P Ramlee
Tarikh Lahir: 22 March 1929
Tempat Lahir: 40A, Counter Hall *, Penang, Malaya (Rumah Nenek)
Nama Bapa: Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955)
Nama Ibu: Che Mah Hussein (1904 - 1967)
Adik-Beradik: Sheikh Ali (Abang tiri. Anak Che Mah Hussein)
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Isteri:
Junaidah Daeng Harris (Kahwin:1950. Cerai:1954)
Noorizan Mohd Noor (Kahwin:6 Februari 1955. Cerai:1961)
Salmah Ismail a.k.a. Saloma (Kahwin:21 November 1961)
Anak:
Mohd Nasir (Anak bersama Junaidah. Lahir:1953.)
Arfan (Anak bersama Junaidah.. Lahir:1954.)
Sazali (Anak bersama Noorizan. Lahir:1958.)
Abdul Rahman (Anak tiri. Ibu:Junaidah)
Norma (Anak tiri. Ibu:Noorizan)
Armali (Anak tiri. Ibu:Saloma. Bapa:A R Tompel)
Betty (Anak Angkat)
Zakiah @ Zazaloma (Anak Angkat. Lahir:1963)
Sabaruddin @ Badin (Anak Angkat. Lahir:1966)
Safarina @ Dian (Anak Angkat. Keturunan cina)
Pendidikan:
Kampung Jawa Malay School (Primary)
Francis Light English School (Primary)
Japanese Navy School (World War Two)
Penang Free School (Secondary)
Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, Pelawak, Penulis Lirik, Penulis Script dan Pengarah filem
Pencapaian:
359 lagu: sebagai penyanyi, penulis lirik, komposer dan ahli muzik.
66 filem: sebagai pelakon, penulis script dan pengarah filem.
2 Teater: 'Sam Pek Ang Tai' (1972) sebagai pengarah dan 'Sultan Mahmood Mangkat
Di Julang' (1959) sebagai Pengarah/Penulis.
1 Drama Radio: 'Kachep Mas' (1961) sebagai Penulis.
2 Drama telivisyen: 'Intan' (1970) dan 'Rantau Selamat' (1972) sebagai Pelakon dan Pengarah.
Tarikh Kematian: 29 Mei 1973 |
P.Ramlee hanya hadir ke sekolah sebanyak 10 hari dalam sebulan. Selebih hari-harinya banyak dihabiskan dengan ke sana ke mari mengikut pasukan pancaragam.
Sejak kecil lagi P.Ramlee memang berminat bermain muzik. Tidak hairanlah jika banyak masa dihabiskan di rumah Tuan Kamaruddin untuk belajar bermain gitar dan biola.
P.Ramlee juga menjadi penyusun lagu-lagu pancaragam bernama Mustika. Ketika itu P.Ramlee mula mencipta lagu seperti Azizah, Baidah, Abang Dollah, Mee Jawa, Joget Melayu, Malam Thaipusam, dan Padang Kota.
P.Ramlee menyertai pertandingan menyanyi di Radio Malaya, Pulau Pinang kali pertama pada 1945. Tempat ke-4 pada tahun itu dan melonjak ke tempat ke 2 untuk tahun berikutnya. Menjadi juara penyanyi untuk Utara Malaya anjuran Radio Malaya.
Kemudian bakat P.Ramlee berkembang setelah beliau berhijrah ke Singapura. Lagu-agu ciptaannya banyak dimuatkan dalam filem-filem Malay Film Productions di Singapura dan Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1951, lagu-lagu P.Ramlee mula direkodkan di dalam piring hitam. Kebanyakan lagu adalah dari filem-filem lakonannya. Banyak pengalaman yang ditempuhinya dalam usahanya merakam lagu.
Lagu-lagu P.Ramlee tidak bosan kita mendengarnya, bahkan indah kedengaran ditelinga kita. Pembawaan suaranya menggema merdu, lagu-lagunya membawa irama manis. Menjadi nyanyian dan siulan umum. Terkenalnya lagu-lagu itu bertambah terpuja nama P.Ramlee sebagai bintang filem dan sebagai biduan.
Menurut P.Ramlee, mencipta lagu adalah bergantung kepada jiwa penciptanya. Jika pencipta sesuatu lagu itu sedang dirundung duka, maka lagu yang terhasil dia tidak dapat melahirkan satu lagu yang berirama gembira. Jika pencipta lagu itu sedang bergembira, dia tidak dapat menggambarkan bagaimana tekanan jiwa yang duka.
P.Ramlee juga menekankan penciptaan lagu bukanlah paksaan. Tetapi bergantung kepada ilham yang datang. Kesinambungan antara irama dan lagu perlu. Banyak proses yang perlu dubuat untuk menghasilkan sesebuah lagu. Itulah dapur seorang ahli musik yang menyiapkan resepi dan bumbunya untuk hidangan umum.
Lagu Istana Cinta yang pernah dinyanyikan semula oleh P.Ramlee. Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=0JNqasmyxVs
Lagu nyanyian semula Liza Hanim, Istana Cinta boleh dilihat di sini.. http://www.youtube.com/watch?v=nTb877KbRHA
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kita sebagai generasi kini harus memandang kejayaan beliau untuk memartabatkan lagi dunia perfileman kita di mata dunia.
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Jul-2007 01:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kau Ilhamku
|
|
| Quote: | Man Bai (Asmin Mudin)
Kau Ilham Ku
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
1
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
( ulang 1 )
|
Sebelum aku memulakan langkah menaip idea-idea yang kadang kala entah apa-apa aku nak jual pantun pada korang semua sempena perlawanan bola sepak Piala Asia...
| Quote: | Berlatih bola di waktu pagi,
Di gelanggang lawan di luar kawan,
Kini Malaysia bermain lagi,
Adakah menang menentang lawan? |
Sabtu lepas aku sempat meluangkan masa mandi kat kolam air panas di Gadek bersama dengan family... tak banyak gambar yang aku dapat tangkap takut dia orang cop aku nie paparazi nak skodeng tahap dewa lak... lagi pun nak elakkan fitnah aku tangkap gambar yang tak senonoh pulak...
Aku bertolak ke kolam air panas Gadek, Melaka jam 11.35 malam. Kira lewat malam la jugak, sempat kita orang bawak satay yang dah dibeli untuk dimakan di sana. Memang meriah ramai giler, tak kira tua, muda, lelaki, perempuan dan ehem pun ada...
Salah satu gambar yang aku tangkap.. maaf tak clear...
Banyak kolam yang dibina (maaf aku tak sempat nak tangkap gambar kerana ada misi yang perlu dijalankan) dan ramai yang mandi manda... ada kolam yang panas giler dan ada yang suam2 sahaja.
Kepada sesiapa yang berhajat, tiket RM4.00 untuk dewasa dan kanak-kanak RM2.00. Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi berendam sekejap jer.. kang ada pening2 lak...
Lagu Kau Ilhamku, Man Bai ini pernah meninggalkan aku satu kenangan jugak... Dengarkan di sini...
http://www.youtube.com/watch?v=4FiK7ee_eaQ
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Jul-2007 10:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Demi Matahari
|
|
| Quote: | Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy)
Music Arr. : Ari Wibowo
Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan
|
Tak banyak yang aku nak ceritakan melainkan kisah kerja... tapi kita lupakan bab tuh... oh ya member aku ada berikan link untuk menonton TV melalui internet (kecuali Astro). dan aku kongsikan bersama-sama dengan anda semua yang mungkin tidak mengetahuinya... ialah ada sedikit ilmu aku cuba kongsikan melalui blog ini.
Salah satu siaran NTV7 disiarkan melalui internet yang aku tangkap
Lepas nie boleh tengok TV kat opis... Opss... Kang bos marah...
Kita berbalik kepada lagu kali ini, lagu Demi Matahari nyanyian kumpulan Snada memang aku suka sejak aku terlihat di youtube. Lirik yang memang 'straight forward' mudah untuk dihayati. Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=3UGbppb1LrY
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Jul-2007 03:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Patahnya Sayap Malam
|
|
| Quote: | Masa (Scarecrow)
Patahnya Sayap Malam
Ku cari cahaya dalam kegelutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar
( korus #1 )
Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia
Tercalar purnama turut sama menjadi kan saksi
Luka cinta ku yang tak berhenti
( korus #2 )
Malam yang ku dakap megerikan mimpi
Malam yang ku dakap telah dinodai
Harumnya bunga cinta dibasahi hujan
Sebaknya di hati ku tangisan
( korus #3 )
Kusimpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya kehampaan
( ulang korus #1 )
Begitulah aku kau tersiar di pandangan mata
Setelah kian lama dalam dakapan cinta
Patahlah sayapnya malam yang penuh dengan sengsara
Bagai diriku yang kau perdaya
( ulang korus #2, #3 )
|
Kisah Satu Daerah Satu Industri (SDSI) belum berakhir... kali ini dengan gosip Restoran Subaidah di MITC Ayer Keroh Melaka.
Bukan untuk aku memburukkan nama sesetengah restoran yang gagal memberikan 'service' baik kepada pelanggannya. Tapi inilah realiti yang terjadi pada aku dan kawan aku semasa SDSI berlangsung.
Begini ceritanya... setelah penat aku melawat setiap gerai yang memperkenalkan produk masing-masing aku pun teringin untuk membasahkan anak tekak dan mengisi perut aku yang keroncong... Aku pun order la nasi goreng ayam dengan milo ais bersama-sama dengan kawan aku. Kira restoran Subaidah nie memang terkenal kat Melaka apatah lagi milo ais dia yang best dan vasst! Tapi yang x syoknya pekerjanya kebanyakkan warga asing dari India dan Indonesia.
Nescafe ais yang dikatakan milo ais..
Minuman pun sampailaa...jeng jeng jeng.. aku dan kawan aku minum rasa nescafe ais. Punya la frust giler. Aku pun panggil mamak tuh tukar air yang aku pesan. Yang aku angin giler, mamak tu boleh buat pengakuan cakap tuh air milo ais... ish ingat aku baru first time minum milo? Aku pun suruh jugak mamak tuh tukar. Last-last dia tukar air yang salah tuh... bertambah geram bila air baru sampai tuh tetap air nescafe.... GERAMNYA AKU! Last-last.. aku panggil mamak lain baru dia bagi air milo yang betul...
Jadi moral of the story, apa kesannya jika pekerja asing jadi pelayan? Miss communication..
Lagu kali ini merupakan lagu aku aku suka dulu... kira time aku umur awal 20an... sekarang dah 28 tahun... aku suka karaoke nyanyi lagu ini dengan kawan-kawan aku... masa tuh mana ada karaoke box... Apa-apa pun dengarkan lagu Patahnya Sayap Malam di sini... http://www.youtube.com/watch?v=4d6m8T1_xJ0
Sesekali botak ringan sikit kepala...
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Jul-2007 14:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mimpi Yang Tak Sudah
|
|
| Quote: | Ibnor Riza
Mimpi Yang Tak Sudah
Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman
( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah
( ulang korus hingga akhir )
|
Kali ini aku sempat mencuri gambar beberapa peserta yang melibatkan diri dengan karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang diadakan kali ini di MITC Melaka. Banyak negeri yang terlibat antaranya Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang dan semuanya yang tak larat aku nak taip...
Persembahan kebudayaan negeri Johor...
Turut mempersembahkan acara kebudayaan negeri Johor, dan juga Sarawak... sungguh menarik sekali. Tujuan SDSI diadakan untuk memperkenalkan usahawan-usahawan bumiputra yang boleh diketengahkan atau dikomersilkan kepada semua bangsa... Memang tidak dinafikan ada yang mempunyai kemahiran seperti membuat labu daripada tanah liat, ukiran, anyaman, batik dan sebagainya... SDSI telah diadakan sejak Khamis lalu hingga Ahad ini (8/7/2007).
Salah seorang membuat pasu menggunakan tanah liat
Lagu kali ini aku pilih lagu Mimpi Yang Tak Sudah, penyanyi asal Ibnor Riza dan dinyanyikan semula oleh Diddy AF4. Lagu kali ini aku pilih kerana syahdu dan menarik senikatanya.... kira ada kena mengena dengan aku la... Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=ugEmC6Nxu0M
Penat jugak menjaga gerai nie.. mari-mari beli...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Jul-2007 01:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal
|
|
| Quote: | Shades
[b]Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal [/b]
Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga
Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata
( korus )
Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal
Kepadaku...
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada |
Salam untuk semua, hari Sabtu lepas aku bersama kakitangan pergi berkebun. Aktiviti yang pertama kali diadakan memang menyeronokkan. Sampai di kawasan sasaran (kebun) jam 8.30 pagi. Angin sejuk sesekali menggalakkan semangat aku untuk aku berkebun... Lihatlah gambar yang sempat untuk aku kongsikan bersama-sama dengan korang kat sini...
Nasib baik ramai yang bersama-sama menjayakan projek tanaman pokok limau purut dengan pokok dragon fruits. Jam 11.30 tengahari terpaksa kami semua berhenti daripada meneruskan kerja-kerja tanaman kerana cuaca terlalu panas... leh bawak pitam oooo...
Oh ya, semalam aku terdengar lagu ini di corong radio, lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal dan aku memasukkan dalam fp untuk dikongsi bersama-sama. Lagu yang ringkas memberikan aku 1001 makna, teringat aku di zaman persekolahan cinta monyet dengan awek aku... siap sanggup nyanyi lagu ini di atas pentas sempena Hari Guru... Apa-apa pun kenangan di zaman persekolahan memang sukar diulangi semula...
Aku dulu bekas sekolah Sekolah Tun Tijah, Melaka. Kepada sahabat yang kenali aku atau bersekolah di STT Melaka boleh menghubungi aku di idd@host.sk atau lawat website aku di http://www.idd.host.sk
Dengarkan lagu ini di sini untuk anda. Video klip yang menarik dan hayatilah ... http://www.youtube.com/watch?v=mCFrdMhGm48
Idd, MELAKA
www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Jun-2007 11:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gelang Sipaku Gelang
|
|
| Quote: | Gelang Sipaku Gelang - Lirik Lagu Anak Musik Nyanyian Tembang Nusantara Indonesia
gelang sipaku gelang
gelang si rama rama
pulang
marilah pulang
marilah pulang
bersama-sama
mari pulang
marilah pulang
marilah pulang
bersama-sama
gelang sipaku gelang
gelang di Singapura
jangan suka mengata orang
diri sendiri baik dijaga
gelang sipaku gelang
gelang di hulung hamba
jangan suka suka mengata
akibat nanti binasa badan
---
Note :
Indonesian old kid / children song |
Salam semua,
Lama aku tak mencoret tulisan di fp ini. Terima kasih kepada mereka yang melawat fp ini.
Sedang aku belek2 youtube, aku terpikat dengan lagu ini, Gelang Sipaku Gelang yang aku pernah nyanyikan semasa zaman kanak2 dahulu.
Yang bestnya lagu ini dinyanyikan oleh MatSaleh... Dengarkan di sini... http://www.youtube.com/watch?v=kVCeJvnDe9c
Antara model handset yang kini aku geram adalah model I-Mobile 902, nak tahu sebabnya... ahakss... model handset ini mempunyai kamera dengan pixel 8MP/5MP.
Menarik bukan? Harga cuma dalam RM1,000 hingga RM1,300 sahaja. Handset yang didatangkan dari Thailand ini mendahului antara handset kamera yang lain dan paling tinggi 3.2MP. Keterangan lanjut lawat http://www.mobile-review.com/review/imobile-902-en.shtml Untuk melihat di youtube lihat di sini... http://www.youtube.com/watch?v=i7SVuieBSmE
| Quote: | Specification
* Triband (GSM 900/1800/1900 MHz)
* Display TFT-LCD 16 Mega Pixels - 240 x 320 Pixels (2.0")
* 5 ways Navi-Key
* MP3,64-Polyphonic Ringtone
-MIDI, WAV, MP3
-Vibration in Phone
* Internal Memory: 128 M?B
-External Memory : microSD 256 MB (T-Flash card) (support up to 1 GB)
Connectivity
* Data Transfer
- 2.0 Bluetooth , mini USB , TV-OUT
* xHTML,WAP 2.0 Browser
* Messaging- MMS, EMS, SMS, GPRS
* Java MIDP 2.0
Feature
* Digital Camera 8 Mega Pixels (CCD Censor 5 Mega Pixels)
- Xenon, CCD Autofocus
* Video recording & Playback
- MPEG4 , 3GP, H.263
-Stereo Surround
* MP3 Player ,? FM Stereo
* Organizer,Currency convertor,World time, Alarms
* Voice recording
Battery
o Li-Ion 1100 mAh Standard Battery
o Standby Time :Highest 300 hours
o Talk Time : Highest 3-3.5 hours
PACKAGE CONTENT
1) I-Mobile 902 MP3 Camera Phone
2) Li-Ion 1100 mAh Battery
3) Wall Charger (100-240V input)
4) 1 GB T-Flash (microSD) Memory Card
5) Handsfree Stereo Headphone
6) USB Data Cable
7) TV-Out Cable
Sony Headset
9) Instruction Manual
10) Free car charger |
Untuk melihat contoh gambar yang ditangkap menggunakan handset model ini boleh lihat di sini... http://www.flickr.com/photos/tnkgrl/sets/72157594525826478/
Saksikan fp yang akan datang, aktiviti aku dikebun... macam2 ada
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Jun-2007 08:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mohon Kasih
|
|
| Quote: | Mohon Kasih
Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Pada mu wahai kumbang
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa
( 2X )
Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Wajah mu menawan
Hingga tertawan
Menjadi igauan
( 2X )
Hai muda bistari
Kumbang madah suci
Yang menawan hati
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Kupuja dikau saja
( 2X )
Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Tak dapat kutahan
Dikaulah idaman
( 2X )
|
Hari minggu memang seronok kalau kita plan jejalan rehatkan kepala otak kita yang nak 'stuck' dengan kerja..
Aku mulakan waktu pagi dengan vakum dalam kereta aku.. sampaikan aku bukak semua benda... nasib baik tau pasang... vakum dan kemas dah nak amik masa 3 jam...
Bukan tak nak hantar kereta gi tempat cuci kereta... tapi baik buat sendiri... puas dengan hasil titik peluhku ini... Last2 penat aku jugak... anggapkan nie satu senaman je laa...
Lagu Mohon Kasih aku suka dengar... ya la lagu irama malaysia... suka jugak tgk video klip diiringi dengan penari entah mana datang la.. dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=lmAFbxUykuQ
Takut gak bukak2 nie kang tak tau pasang balik... kui kui kui...
Belum sempatku baca diari,
Kawanku datang bersama Rajan,
Kereta ku sayang pengganti isteri
Sanggupku basuh walaupun hujan
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|