 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::- wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu By: Wan Fikri de Orange
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Sep-2007 15:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Di Pondok Kecil - UNIC
|
|
| Quote: | Di pondok kecil
Di pondok kecil, Di pantai ombak,
Berbuih putih, Beralun-alun.
Di suatu hari, Ayah berkata,
Jaga adikmu, Ayahkan pergi jauh.
Kupandang wajah ayah, Dahinya ku cium,
Air mata mengalir, Hatiku pilu.
Diam-diam la sayang, Jangan menangis,
Doakan ayah , Semoga diterima.
Diam adikku sayang, Jangan menangis,
Andai ayah gugur, Doakan dia syahid.
Selamat berjuang, Ayah tercinta,
Kau pergi dulu ayah, Ke medan juang.
Ku iringi doa, Moga berjaya,
Beroleh kemenangan, Demi agama Islam.
Wahai abangku, Ke mana ayah,
Ku sayang ayah, Ku cinta ayah.
Wahai abangku, Ke mana ayah,
Ku sayang ayah, Ku cinta ayah.
Duhai adikku sayang, Jangan bersedih,
Ayahmu pergi, Menyambut seruan Ilahi.
Tapi ingatla adikku, Pesanan ayah,
Berjuang dan berkorban, Walau di mana jua.
Pada Mu Tuhan, Aku bermohon,
Dosa ayahku, Minta diampunkan.
Berilah rahmat, Bantula ia,
Untuk menegakkan,
Agama Islam. |
MANDI WAJIB
Untuk melakukan mandi wajib yg betul, seseorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahny di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorg itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada tiga:-
1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
"Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau
" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
"Bagi puan2 yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi puan2 yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Ilustrasi sahaja
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorg itu memulakannya selepas telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yg ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.
"Sementara rukun mandi wajib yg ke 3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut seseorg itu ditocang atau disanggul, sekirany tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain dari INAI, ini lah yang merumitkan. Sebenarnya jika rambut seseorg itu diwarnakan dengan pewarna selain dari INAI, mandi wajib seseorg itu TIDAK SAH!
"Oleh itu, seseorg yang mwarnakan rambutnya dgn pewarna selain dari INAI, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah adalah kerana pewarna yang menyalut rambutnya menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn INAI. INAI sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."
"Tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukan lah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa SEMBAHYANG DAN MANDI WAJIB ITU BERBEZA. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.
"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius oleh umat islam.
Ustaz Haji Mat Jais menegaskan 6 sebab kenapa seseorg itu wajib mandi wajib.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu:-
1. Kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani
2. Keluar air mani
3. Mati.
3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu:-
1. Keluar darah haid
2. Nifas
3. Melahirkan anak (wiladah).
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh."
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.
Salam,
Salah satu lagu yang meninggalkan kenangan kepada diri saya adalah lagu nasyid Di Pondok Kecil. Dengar dan hayati lagu ini di sini.. http://www.youtube.com/watch?v=ZW-Mn_V7poQ
Ilustrasi sahaja
Pada bulan Ramadhan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang berada dalam kesusahan. Insya'Allah.
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Sep-2007 09:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Khasiat Buah Kurma
|
|
| Quote: | KHASIAT
BUAH KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Sumber: http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98/h_fruit.htm
|
Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang telah memberikan kita rahmat di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan.
Kurma memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kita digalakkan mendahului berbuka puasa dengan buah kurma.
Hari ini adalah hari ke-2 kita berpuasa. Pelbagai juadah dihidangkan. Saya tidak berkesempatan untuk ke bazar Ramadhan membeli juadah berbuka. Cukup dengan ala kadar berbuka di rumah.
Salah satu buah kurma yang dijual jenama Yusuf Taiyoob
| Quote: | KepadaMu Kekasih
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
|
Lagu Kepadamu Kekasih ini memberikan keinsafan kepadaku. Betapa kerdilnya kita disisiNya. Dengar dan hayati lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=GyZ5cVj56mc
Salam Ramadhan & Selamat Berbuka Puasa untuk semua muslimin dan muslimat.
| Quote: | | Sedekahkan al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang terkorban dalam malapetaka gempa bumi di Indonesia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. |
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Sep-2007 10:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Solat Tarawikh
|
|
| Quote: | KELEBIHAN SOLAT TARAWIKH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
|
Salam..
Kini ku rasakan bulan mulia bulan rahmat dariNya kian tiba..
Welcome Ramadhan...
Welcome Ramadhan...
Moga kita mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Insya'Allah.
| Quote: | Cuti Hari Kelepasan Am: Awal Ramadhan * 13 September (Johor, Kedah & Melaka sahaja)
|
Kali ini saya masukkan lagu nasyid "Welcome Ramadhan" untuk kita dengar bersama. Dengarkan di sini... http://uk.youtube.com/watch?v=j27AHojX0oU
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Sep-2007 11:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ramadhan Nasyid
|
|
| Quote: | Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
|
Assalamualaikum,
| Quote: | Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
|
Oleh itu sempena Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang berkenalan ini saya ada berbuat sebarang kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun tidak, atau menyebabkan mana-mana pihak yang terasa hati, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insya'Allah.
Dengarkan lagu nasyid arab Ramadhan di sini... http://www.youtube.com/watch?v=Sx0WJAZ29kw
Renung-renungkan dan selamat beramal"
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Sep-2007 05:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy birthday - My dad
|
|
| Quote: | Happy Birthday
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday dear my dad
Happy birthday to you....
|
Salam semua,
Kali ini saya dan keluarga saya telah menyambut Hari Lahir ayah saya yang telah berusia 52 tahun pada 1 September, 2007.
Memang kadang-kala kita terleka tarikh istimewa orang yang kita sayangi lebih-lebih lagi ibu dan ayah kita. Syukur alhamdulillah saya telah membuat alarm kat handset saya untuk mengingati tarikh istimewa ayah saya.
Emak saya menyuapkan kek kepada ayah saya.
Pada waktu itu juga, adalah majlis kahwin adik saya dilangsungkan. Saya bersama adik terus membeli kek di Italy Bakery selepas mengambil tapai. Pada malam harinya, sahabat saya termasuk adik beradik dan jiran saudara hadir meraikan hari lahir ayah saya yang disambut secara sederhana ini bersama dengan bacaan doa oleh adik ipar saya. Kiranya majlis yang diadakan ini dibuat secara mengejut... salah satu kejutan oleh anak-anaknya untuk ayah...
Apa-apa pun, I love you dad! Muaks... Happy birthday to you.
Kali ini saya masukkan lagu Happy Birthday dengan animasi yang menarik. Lihat di sini.. http://www.youtube.com/watch?v=UeypOvsY91Q
| Quote: | | Terima kasih kepada sahabat saya, Raha, Mazlina, Zul, Qayum dan pelajar praktikal yang sudi hadir ke majlis ini. |
| Quote: | | Info: Laman web saya http://www.idd.host.sk telah dikemaskini sempena bulan Ramadhan al-Mubaraq. Selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan kemuliaan |
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Sep-2007 13:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lelaki Ini - Anuar Zain
|
|
| Quote: | Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki
c/o
Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo..
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo..
Yang bertahta dalam sanubariku |
Alhamdulillah semuanya telah selesai.
Pertama sekali saya memohon kemaafan sekiranya membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah yang berkahwin hingga membuat pelbagai andaian yang saya akan berkahwin.
Walaubagaimana pun... terima kasih dan saya masih mengharapkan suatu hari nanti akan berkahwin. Tunggu calon-calonnya dan masa sahaja. Insya'Allah bila tiba giliran saya, akan dijemput kepada sahabat handai termasuk sahabat di fp ini.
Untuk pengetahuan semua, majlis perkahwinan yang telah diadakan di rumah saya adalah majlis kahwin adik lelaki saya. Syukur semua telah selesai... sempat juga saya tangkap beberapa keping gambar. Maaf kiranya saya tidak menjemput anda semua kerana kalau saya kahwin insya'Allah saya jemput.
Saya bergambar bersama dengan adik saya.
Apa-apa pun terima atas komen anda semua termasuk sms ucap tahniah. Love you all.
Lagu Lelaki Ini telah saya masukkan kali ini bersama-sama dengan video gambar saya... saksikan disini. http://www.youtube.com/watch?v=F9VJucQah-8
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Aug-2007 13:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penutup video perkahwinan
|
|
| Quote: | Pantun Untuk Pengantin
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu
Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu
Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari |
Alhamdulillah semuanya mendebarkan... Dulu bujang selepas ini sudah beristeri...
Persiapan memasang pelamin pengantin di rumah aku...
Mana kan tidak... tinggal beberapa hari jer menjelang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan... aku harap segalanya berjalan lancar
Pelamin yang siap... apa lagi... jom!
Kali ini aku sempat rakam persiapan membuat pelamin di rumah aku... lawa x? Gandingan warna kuning dan coklat gelap boleh memberikan impak untuk menaikkan seri pada majlis yang akan diadakan nanti...
Untuk gambar seterusnya, gambar nikah perkahwinan, kenduri majlis perkahwinan dan gambar keluarga aku, insya'allah aku akan masukkan di dalam fp nie pada minggu hadapan... Tunggu kemunculan gambar perkahwinan ini...
Biar aku rasmi dulu...
Jika sebelum ini aku sertakan link untuk Montage Perkahwinan, kali ini aku siapkan contoh Penutup Perkahwinan yang aku siapkan untuk tontonan anda... lihat di sini...
http://www.youtube.com/watch?v=EOSRq7V38_E
http://www.idd.host.sk
| Quote: | Disebabkan terlalu ramai yang sms dan mengirim e-mail tentang siapakah yang akan berkahwin pada 02.09.2007 ini hingga menjadi teka-teki... akan aku maklumkan selepas segalanya selesai. Siapakah yang akan berkahwin nanti. Adakah aku yang kian berumur ini? Atau adik aku.. atau sesiapa sahaja. Yang penting aku sangat merasakan debaran dan kemeriahannya... Tunggu next kiriman nanti ya...
Terima kasih atas ucapan tahniah kepada aku untuk majlis perkahwinan ini. Walaupun kita akan menempuh dunia baru, jangan sesekali melupakan kawan-kawan yang pernah kita merasai asam garam semasa bujang bersama mereka. |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Aug-2007 09:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adat Majlis Perkahwinan Melayu
|
|
| Quote: | Adat Majlis Perkahwinan Melayu
Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.
Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.
Adat Majlis Perkahwinan Melayu - Memilih Menantu dan Upacara Selanjutnya
Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.
Dalam memilih menantu, banyak perkara yang ibu bapa memberi perhatian dan pertimbangan. Gadis yang dipilih hendaklah dari keluarga yang secocok dengan mereka. Perangai serta tingkah laku mesti baik, ikhlas dan sempurna. Begitu juga daripada aspek-aspek pengetahuan agama dan bidang pelajaran, jika gadis itu bersekolah. Apabila berbincang dengan saudara yang memilih gadis itu, banyak perkara lain yang dibangkitkan. Akhirnya, setelah berpuas hati dengan gadis itu barulah mula dijalankan kerja-kerja untuk meminang.
Kerja-kerja meminang diwakilkan oleh ibu bapa pihak lelaki kepada sudara maranya. Apabila peminangan dipersetujui ada yang menghantar tanda sebagai mengesahkan peminangan. Tanda yang biasa dihantar ialah sebentuk cincin emas bersama dengan hadiah lain seperti kain dan kuih-muih. Dengan adanya 'tanda' itu, si gadis itu dianggap sudah bertunang. Sewaktu menghantar tanda, ditetapkan tarikh menghantar belanja dan akad nikah.
Ketika menghantar belanja, pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dan kedua-dua pihak akan menyampaikan serta menerima hantaran yang ditetapkan. Dahulu wang hantaran digubah dalam pelbagai bentuk atau dibungkus dengan menggunakan kain baldu atau kain yang bersulam dengan begitu indah sekali. Iringan-iringan lain termasuk sirih junjung, bunga rampai dan hadiah-hadiah seperti pakaian, alat solek, buah-buahan dan pemanis seperti kuih-muih. Cara menjemput perkahwinan pada masa dahulu bukanlah melalui kad jemputan tetapi pihak ibu bapa atau saudara mara pengantin pergi dari rumah ke rumah untuk menjemput ke majlis perkahwinan. Mereka membawa tepak sirih dan terus menjemput serta meminta saudara mara dan sahabat handai datang ke majlis.
Kemuncak Upacara
Upacara akad nikah diadakan di rumah pengantin permpuan atau pun di masjid. Pada majlis itu barang-barang hantaran diletakkan di depan pengantin lelaki. Semasa upacara akad nikah, hantaran diserahkan kepada wakil pengantin perempuan. Pengantin lelaki sewaktu akad nikah duduk di atas tikar bersila berhadapan dengan imam. Imam mambacakan khutbah nikah, meminta pengantin lelaki membaca lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan itu. Seterusnya pengantin lelaki dibawa berjumpa pengantin perempuan di dalam bilik pengantin untuk menyerahkan wang mas kahwin kepadanya. Untuk melakukan upacara membatalkan air sembahyang, pengantin lelaki bersalam dengan pengantin perempuan atau menyentuh dahinya.
Upacara berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam didahului pengantin lelaki duduk di atas pelamin. Ahli keluarga bergilir-gilir menjalankan upacara berinai. Selepas itu pengantin perempuan naik ke pelamin setelah pengantin lelaki keluar dari pelamin itu dan upacara berinai dijalankan.
Kemuncak bagi majlis perkahwinan ialah majlis bersanding yang diadakan di rumah pengantin perempuan pada mulanya.
Pelamin diserikan dengan bunga-bunga hidup, kain-kain yang cantik dan lampu-lampu yang berwarna-warni. Pengantin perempuan duduk di sebelah kiri pengantin lelaki. Mereka memakai pakaian yang cantik tetapi tidak sama jenisnya. Mereka bersanding selama 15 atau 20 minit dengan direnjis tepung tawar oleh sanak saudara. Selepas doa selamat dibacakan barulah selesai majlis bersanding dan mereka masuk ke bilik pengantin. Disitulah mereka diberi makanan dan makan bersama ahli-ahli keluarga. Keesokan hari diadakan majlis bersanding di rumah pengantin lelaki. Itulah cara tradisional majlis perkahwinan bangsa kita. |
Salam semua,
Aku baru jer siapkan dvd video perkahwinan sepupu aku di kl. Tapi dalam masa yang sama aku dah kemaskinikan montage untuk DVD perkahwinan buat tontonan anda. Nanti komen yer...
Wajah aku yang baru sahaja aku botakkan demi karier...
Lihat "montage" perkahwinan di sini... http://www.youtube.com/watch?v=NhavUO-1zdY
Bulan Ogos dengan September akan datang aku sibuk. Entah bila lah aku dapat merehatkan badan aku nie... Walau sesibuk mana aku nie... kita tetap kawan kan?
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Aug-2007 15:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Warisan - Siti Nurhaliza
|
|
| Quote: | Sudirman (Syed Haron Ahmad)
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
|
Raptai telah diadakan sempena menyambut Majlis Pelancaran Perayaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang. Lihat butiran di bawah untuk mengetahui aktiviti yang akan diadakan nanti:-
| Quote: | Majlis Pelancaran Perayaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang
Tarikh : 17 Ogos
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Pahlawan, Bandar Hilir
Sumber : http://www.melaka.gov.my |
Sempat jugak aku tangkap beberapa keping gambar semasa raptai ini diadakan. Kali ini aku masukkan lirik lagu 'Warisan' yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman dan Siti Nurhaliza. Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=8PqX8K-3eYA
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Salah satu gambar yang sempat dirakamkan semasa raptai diadakan.
Doaku untuk Malaysia:-
"Ya Allah Kau sejahteralah negaraku ini,
Ya Allah Kau majukanlah negaraku ini,
Ya Allah Kau jauhkanlah negaraku ini dari malapetaka, bencana dan wabak penyakit,
Ya Allah Kau satukanlah hati kami,
Ya Allah Kau kuatkanlah negara kami agar digeruni dan dihormati"
http://www.idd.host.sk
YM: budak_kampung22
Tel No: 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Aug-2007 12:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sayang Di Sayang
|
|
| Quote: | Kartina Dahari
Sayang Di Sayang
Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Kuburan
( 2X )
Murai terkejut berkicau-kicau
langit endung di liputi awan
Alamat bumi di sirami hujan
Sayang di sayang
Hati ku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan
( 2X )
Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung di tinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang
|
Kembali semula menemui rakan2 sekelian,
Lama jugak aku tak mengemaskinikan fp aku nie, aku sibuk dengan menyiapkan kerja di pejabat apatah lagi Sabtu lepas aku sibuk dengan kerja part time aku tangkap video kahwin di Sentul Timur KL. Tahniah dan selamat pengantin buat sepupu aku... Sample video klip untuk komen daripada anda semua akan aku masukkan dalam youtube nanti.
Lagu Sayang Di Sayang kali ini aku pilih... dengan irama keroncong yang pernah didendangkan oleh Farhan AF4. Dengarkan di sini... http://www.youtube.com/watch?v=y6tiDEXSKcY
Salah satu gambar yang sempat aku tangkap menggunakan kamera handset SonyEricson w810i
Video akan disusuli kemudian...
http://www.idd.host.sk
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|