Want your
own Fotopage?






 
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::-
wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu
By: Wan Fikri de Orange

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 14-Nov-2007 15:57 Email | Share | | Bookmark
Haji Menuju Allah - Raihan

 
 
 
View all 9 photos...
Quote:
Haji Menuju Allah - Raihan

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


Salam kembali,

Pada 12hb November yang lalu, aku bersama dengan keluarga aku telah melawat pakcik aku, Mustaffa yang akan mengerjakan haji bersama-sama dengan beberapa jemaah haji yang lain yang dijangka bertolak pada jam 11 pagi 13hb November ini.

Memandangkan peluang ini adalah sekali seumur hidup, pakcik aku ditawar untuk berkhidmat menjaga jemaah Malaysia di sana kelak. Lupa nak maklumkan, pakcik aku merupakan salah seorang attendan hospital yang akan menjalankan tugas sambil mengerjakan haji di sana.

Pakcik aku dijangka akan pulang ke Malaysia pada minggu kedua bulan Januari 2008. Moga pakcik aku sihat sejahtera dan menjalankan amanah di sana dengan baik, insya'allah.



Sebelum berangkat ke KLIA pada jam 10 malam menaiki van hospital, datuk aku Osman mengalunkan azan agar perjalanannya ke sana berada dalam keadaan selamat pergi dan pulang.

Sempat jugak aku mengirimkan doa kepada pakcik aku agar aku berjaya terpilih salah seorang yang dipanggil untuk menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah sesi 2008. Insya'Allah.

Dengarkan lagu Haji Menuju Allah yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan di sini... http://www.youtube.com/watch?v=qSeXDOqANEQ

Kepada semua jemaah haji yang telah berangkat dan akan berangkat, moga berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Quote:
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Mengerjakan haji wajib dilakukan oleh orang Islam dan tidak wajib bagi orang kafir.

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

Artinya: "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai’e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie

-Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
-Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
-Mukallaf.
-Berkemampuan dengan syarat:
-Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
-Ada kenderaan pergi dan balik.
-Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
-Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
-Aman perjalanan.
-Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

Rukun-rukun Haji
Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.

Info: http://ms.wikipedia.org/wiki/Haji


VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22



>> musim haji kembali lagi... Thu 15-Nov-2007 16:34
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
hi!! moga beliau kan selamat pulang ke malaysia... bertuah badan dapat diberi tugas menjaga jemaah haji di mekah..
p/s apa cita? semua sihat?
p/s kesian notebook u tu !!!
Fri 16-Nov-2007 02:05
Posted by:Cinta Dhinas Azraaei  - [Link]
moga dapat haji mabrur...bro bila nak g?..kita wat pakej g haji ramai2 ahli fmdc camana?. Sat 17-Nov-2007 09:19
Posted by:{ibnwanza}  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 9-Nov-2007 12:20 Email | Share | | Bookmark
Teman Terulung - Anuar Zain

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
Teman Terulung - Anuar Zain

Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu.


Salam,


Chak... kembali semula...

Lama benar aku tidak menjengok fp aku ini, apatah lagi melawat fp kawan-kawan semua. Maaf dipinta ku ucapkan sekiranya ada kawan-kawan yang mungkin hairan aku menghilang entah ke mana.

Aku masih di sini... tidak ke mana... mungkin sejak akhir-akhir ini aku kerungsingan dengan pelbagai persoalan... tentang kerjaya aku, tentang masa depan aku yang entah ke mana...


Selamat Pengantin Baru... Moga berbahagia dan berkekalan...

Sepanjang ketiadaan aku mengemaskinikan fp ini, aku sempat menangkap beberapa gambar dan aktiviti yang aku lakukan. Antaranya menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku, Khalid di Bukit Piatu Melaka. Khalid antara kawan aku yang lama aku kenali sejak di Tingkatan 1 lagi... mau hampir 16 tahun aku mengenalinya... kini dah berkahwin pun... tinggal aku bersama dengan 2 orang kawan aku yang masih bujang...


Maaf aku tidak dapat menyelamatkan nyawa notebook kau... walaupun jasanya ku kenang

Masalah komputer...? Antara eksperimen yang aku lakukan terhadap komputer notebook Mazlina. Ahakss... notebook yang telah dibeli olehnya pada Tahun 2 di UPM telah pun menamatkan riwayatnya dengan aman setelah mengambil masa hampir 2 jam dibedah oleh aku dan Dr. Qayum ditemani oleh tuan empunya notebook, Mazlina... Maaf aku tidak dapat menyelamatkan komputer kau tuh... dah sakit tua... (faham-faham sajalah pi beli yang baru, harga notebook pun dah jatuh).

Lagu Teman Terulung nyanyian Anuar Zain ini aku tujukan buat sahabat aku yang telah berkahwin, dengan ucapan jangan lupa pada kawan-kawan yang bujang ini... Kepada Zali, aku respect giler walaupun telah berkahwin masih berjumpa dengan aku... Itulah nilai persahabatan yang sebenarnya... (terharu aku....)

Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=6HL_WP3erus

VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22

idd bila pulak nak ikut jejak kawan tu? Wed 14-Nov-2007 02:41
Posted by:Tuah  - [Link]
tok wan idderes...
ganasnye jd doktor sampai jadi mcm tu laptop org tuh...
Dgr sini org ramai....kalau ada masalah laptop or komputer, jgn kasi tok wan idderes ne repair.
nanti makin cedera parah karang....
tok wan, jgn asyik mengeluh jer la klu blom kawin.
rerajin ler wat solat hajat n istikharah yer...

Wed 14-Nov-2007 07:33
Posted by:Adeline
peace idd... cantik gambar pengantin tu .. the girl is very sweet looking .. manis
gambar ni dari video capture u ye ? just wondering
kesiannya laptop mazlina ... tak pe lah .. bak kata idd, harga laptop dah jatuh, go buy new one la ... better specs and speed ...
Wed 14-Nov-2007 13:13
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Thursday, 25-Oct-2007 16:40 Email | Share | | Bookmark
Menanti Pasti - Siti Nurhaliza

 
 
Quote:
AJAI (MUHD FAIZAL MAAS) (ex-nurul)

kegelapan mlm ini menyesakkan jiwa
tanpa bintang utk aku mimpikan mimpimu
aku...merindu indah bulan
menyuluh kelam mlm
mgharap bintang akan bersinar

kesepian hati ini mengundang derita
penantian satu seksa bila tanpa balas
aku...menanti kata hati
darimu satu pasti
mengharap mimpi akan hakiki

CHORUS
cinta
bisikkanlah asmaraku
padanya gelora dikalbu
hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
mencintai setulus hati

cinta
bukakanlah asmaranya
padaku setia mengunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti

andai ada di hatimu....
ruang cinta itu
kan ku simpan anugerah
ke akhir hayatku

menanti pasti....


Salam,

Masih tidak aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada member-member semua. Hari Raya kali ini tidak meriah memandangkan aku baru kehilangan nenek lima hari sebelum Syawal menjelma.


Aku banyak meluangkan masa menyiapkan kerja tertangguh suntingan video kahwin pada Hari Raya. Kali ini bajet duit raya adalah sedikit untuk kanak-kanak... orang dewasa pepaham la eik... dah bosau...

Raya hari ke 6, aku sudah memulakan tugas bekerja di pejabat, memang membosankan memandangkan ramai kakitangan yang sibuk bercuti sakan.


Aku amat kagum dengan keberanian Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah berjaya dengan misinya ke angkasa. Itulah yang diidamkan oleh semua rakyat Malaysia.

Kali ini lagu Menanti Pasti yang telah dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza membuatkan jiwa aku terbuai-buai... dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=V-jyxYMjEvg

VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22

waahhhhh
fan siti ek???
Tue 6-Nov-2007 16:10
Posted by:The Sweetest Moments Ever  - [Link]
sibuk ke idd, lama tak apdet.. Fri 9-Nov-2007 02:56
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
adakah itu gambar anda?heheheh....nice picture. Tue 13-Nov-2007 05:31
Posted by:izwana gadis_kluang83@yahoo.com  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Friday, 19-Oct-2007 13:03 Email | Share | | Bookmark
Video Perkahwinan - Buatlah tempahan sekarang

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
Rakaman Video Perkahwinan

Lawat di http://www.youtube.com/panasonicmlk untuk melihat contoh video yang telah dirakamkan.

Apa yang menarik?
- Harga yang boleh dirunding dan tidak membebankan pengantin
- Mutu video DVD
- 1 cd dvd + 2 vcd + 2 vcd original (tanpa disunting)
- Video yang tidak membosankan
- Bonus! Video klip anda (pilihan lagu yang diminta)
- Ucapan keluarga, dan saudara mara


Untuk tempahan hubungi 017-6141 292 atau e-mail idd@host.sk



Salam,

Maaf lama aku menyepikan diri... maklum lah ramai sangat yang ajak gi rumah terbuka...
Semalam aku memulakan hari bekerja setelah hampir 1 minggu bercuti... boring jugak... ramai yang masih bercuti.

Cuti ray pun aku banyak siapkan video perkahwinan adik aku yang telah diadakan pada 02 Sept yang lalu... Lihat contoh video yang aku telah uploadkan di youtube di sini... http://www.youtube.com/panasonicmlk





VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22

hi..camner raya hari tu ek?mesti menyeronotkan ni huhuhu..
p/s RAIKAN RAYA bersama.. jemput bertandang ke rumah CDA yah.. love always!!
Wed 24-Oct-2007 05:57
Posted by:Cinta Dhinas Azraaei  - [Link]
jangan buat video terlampau dah le ye idd Thu 25-Oct-2007 01:45
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
alloorr kenapa asyik gambar solo sajeer.. mana pasangannya ... raya raya mesti kena ada pasangan ... Thu 25-Oct-2007 04:33
Posted by:korok  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Friday, 12-Oct-2007 11:50 Email | Share | | Bookmark
Takbir Raya (Terjemahan)

 
Quote:
Takbir Raya (Terjemahan)

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan Maha Agong
dan segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan Allah

Tiada yang kami sembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Basar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Basar
dan segala puji bagi Allah




Salam,

Saya dengan rendah dirinya memohon kemaafan kepada
. semua sahabat saya,
. rakan sepejabat,
. rakan sekolah,
. rakan seuniversiti,
. rakan cyber di fotopages ini,
. rakan cyber di myspace,
. rakan cyber di friendster,
. rakan cyber di faceparty,
. rakan cyber di savoc.net,
. rakan cyber di ekawan,
. rakan cyber di mesra.net,
. rakan cyber di youtube,
. rakan cyber di rakan cyber di yahoo messanger,
. rakan cyber di ireans.com,
. rakan cyber di jakionline.net,
. rakan cyber di karangkraf.com,
. dan seluruh rakan yang mengenali diri saya di sini.

Dengan ucapan tulus ikhlas,
SALAM AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN

Daripada saya sekeluarga,
http://www.idd.host.sk


Quote:
Firman Allah: "Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (AlBaqarah : 185)

Sabda Rasullullah s.a.w. pula: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."


Dengarkan Takbir Raya Aidilfitri di sini... http://www.youtube.com/watch?v=L2NJZ-YyPfs

VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin. Tue 16-Oct-2007 16:17
Posted by:red  - [Link]
>> bahagia hendaknya di syawal mulia ini...
>> dah start kerja ke...?
Wed 17-Oct-2007 16:21
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam lebaran.... Maaf zahir dan batin Fri 19-Oct-2007 09:11
Posted by:Adeline
View all 6 comments Add comment


Monday, 8-Oct-2007 09:13 Email | Share | | Bookmark
Untukmu Ibu - Exist

 
 
Quote:
Exist (Rahim Othman / Megat)

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...




... dari episod sebelum Cerita Kedua

Difikiran saya tertanya, kenapa bangunan Maybank tiba-tiba tiada elektrik? Adalah tidak membayar bil elektrik? Seluruh kawasan di sini tiada elektrik adalah mustahil kerana lot di sebelah berada dalam keadaan baik bermandikan cahaya.

Memandangkan keadaan sebegitu, saya pun beralah membiarkan keadaan kembali seperti biasa.. Dalam tidak disangka...

... [sambungan] makin ramai yang beratur panjang. Terlintas juga di hati saya, kebanyakan yang beratur menunggu giliran dan berharap agar keadaan beransur pulih seperti sedia kala.Mereka mungkin ingin mengeluarkan wang gaji masing-masing.

Jam menunjukkan hampir ke pukul 4.10 petang. Akhirnya keadaan menjadi seperti biasa. Nasib baik bank tutup jam 4.30 petang, kalau tak alamat esok la semua dapat gaji...

Apa yang saya ingin katakan, takkan setiap bank tidak mempunyai tenaga elektrik sokongan jika berlaku keadaan seperti ini... hairan-hairan.

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi mengikuti kisah ini...



Quote:
Al-Fatihah...

Buat nenek saya, Allahyarham Hajah Mayyah yang telah ke rahmatullah pada pagi 08 Oktober 2007. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Amin

Terima kasih kepada sahabat dan rakan taulan yang telah melawat.


Dengarkan lagu ini... Untukmu Ibu nyanyian Mamat untuk kita hayati di sini
http://www.youtube.com/watch?v=S3h5g37Z7DY

VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22



Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin
ikhlas dari,
Shasma Nizam G.R.A.P.H.Y.. lawat2la fp saya yg tak seberapa.... -saya budak baru belajar-
Thu 11-Oct-2007 22:45
Posted by:shas shasmanizam@gmail.com  - [Link]
Jika selama ini saya tidak mengenal saudara/ri,
Kita tetap kawan...
Jika selama ini kita tidak pernah berjumpa
Kita tetap kawan...
Jika selama ini saya terkasar bahasa, terlanjur kata mengguriskan perasaan
Kita tetap kawan...

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin...
Daripada saya sekeluarga
http://www.idd.host.sk
Fri 12-Oct-2007 01:28
Posted by:idderes idd@host.sk  - [Link]
salam aidilfitri n maaf zahir batin......

ikhlas dari crew embunPAGI
http://embunpagi.fotopages.com & http://mryolep.fotopages.com
Fri 12-Oct-2007 06:13
Posted by:yol azrul1904@gmail.com  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Friday, 5-Oct-2007 09:57 Email | Share | | Bookmark
Pulanglah - Aisyah

 
 
 
Quote:
Aishah

Pulanglah

( ...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

( korus )
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

( ulang dari korus )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya


Salam kembali,

Seperti yang dijanjikan, kali ini saya ingin bercerita kesinambungan kisah Cerita Kedua yang lepas. Apakah yang terjadi di Maybank Melaka baru-baru ini.

Kisah ini adalah kisah benar untuk dijadikan pengajaran.

Jam menunjukkan jam 2 petang, saya telah sampai di Maybank untuk menunaikan cek gaji kakitangan. Memandangkan jumlah cek tunai tidaklah begitu besar jumlahnya, saya beranikan diri seorang diri ke bank. Biasanya, kalau jumlah melebihi RM50,000 akan saya suruh seorang kakitangan untuk menemani saya. Manalah tahu kena rompak ker, culik ker... sapa susah... mereka dan keluarga mereka.

Berbalik kepada cerita asal... setibanya saya di bank untuk mengambil no. giliran, seorang amoi dalam lingkungan 30an memaklumkan sistem 'down', dalam erti kata yang lain tak boleh berurusniaga di kaunter dalam masa 1 jam.


Maybank merupakan salah satu bank yang mempunyai bilangan pelanggan individu mahupun koprat yang ramai.

Walaupun begitu, semangat untuk saya membayar gaji kepada kakitangan, saya gagahi juga. Saya tunggu di hadapan Maybank dari jam 2.30 petang hinggalah ke jam 3.15 petang. Bila saya ingin masuk semula ke dalam bank, ramai yang telah menunggu beratur walaupun tertera notis 'HARAP MAAF, SISTEM KOMPUTER HARI INI TIDAK BERFUNGSI".

Apa yang ingin saya pujikan di sini, sikap amoi yang mungkin sudah biasa mengawal keadaan, meredakan kebuntuan pelanggannya. Walaupun ada yang cuba beratur dari jam 2.30 petang...

Begitulah penanggan Maybank yang merupakan salah satu bank yang mempunyai ramai pelanggannya di Malaysia. Tiba-tiba.. keadaan menjadi gelap gelita. Nasib baik kerana cahaya luar membolehkan keadaan tidaklah terlalu gelap di dalam bank.

Difikiran saya tertanya, kenapa bangunan Maybank tiba-tiba tiada elektrik? Adalah tidak membayar bil elektrik? Seluruh kawasan di sini tiada elektrik adalah mustahil kerana lot di sebelah berada dalam keadaan baik bermandikan cahaya.

Memandangkan keadaan sebegitu, saya pun beralah membiarkan keadaan kembali seperti biasa.. Dalam tidak disangka... ~

Saya akan sambungkan cerita akhir ini di dalam entry akan datang. Tunggu...

Quote:
Kepada sahabat yang pernah membaca kisah Cerita Pertama sebelum ini, semalam saya telah terserempak dengan dua orang pemuda Cina yang cuba menipu saya dalam peraduan gores dan menang pada minggu lepas ketika saya ingin meletakkan kereta di tempat 'parking' di hadapan Mahkota Parade. Bila saya terpandang kelibat mereka, terus saya 'parking'kan kereta saya di tempat lain.


Kali ini saya sisipkan lagu Pulanglah nyanyian Aisyah. Dengarkan di sini... http://www.youtube.com/watch?v=6bd6TKbXvVI Kini tinggal tidak sampai 10 hari lagi kita ingin menyambut bulan Syawal. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin untuk semua.

VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22



la ada sambungan jugak ye macam drama tv... Mon 8-Oct-2007 04:08
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
laaa.. buat org suspen lagikkk.. cepat2 ler sambung b4 raya ni.. khamis ni akak dah cuti tauuu.. kang kempunan lak nak tau sambungan cerita ni Mon 8-Oct-2007 06:16
Posted by:MaDiHa  - [Link]
salam aidilfitri..
http://honeywatiabd.fotopages.com
tq's visiting my fp..hehehee
Mon 8-Oct-2007 06:21
Posted by:honey ibbney241@yahoo.com  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Monday, 1-Oct-2007 10:40 Email | Share | | Bookmark
Dendang Perantau - P. Ramlee

 
 
Quote:
P. Ramlee

Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )


Salam,

Bertemu kita kembali di bulan yang mulia ini.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa cerita untuk anda semua.

Cerita Pertama:-
Pada minggu lepas, saya dan adik saya ada berkunjung di Dataran Pahlawan Melaka untuk bersiar-siar. Setibanya saya di satu petak 'parking' kereta untuk 'parking', datanglah 2 orang pemuda cina memberitahu ada jualan murah barangan elektrik di lobi Mahkota Parade. Memandangkan saya tidak ada masa yang cukup untuk mendengar saya pun mengiyakan apa yang dia kata.

Untuk meyakinkan diri saya, dia menghulurkan satu kupon kononnya diskaun antara 30%-70% peralatan elektrik apabila menunjukkan kupon tersebut. Pada mulanya memanglah saya teruja mendengar apa yang dikata, siap isikan nama dan no tel di dalam kupon tersebut.

Antara beberapa soalan yang ditanya:-
1. Abang kerja apa?
2. Abang ada pakai kredit kad tak?
3. Abang umur berapa?
4. Abang asal Melaka ker?
5. Abang pernah dengar dengan cabutan bertuah di surat khabar?
6. Abang selalu baca surat khabar?



p/s: Kereta Savvy saya tetap ku minati dan cintai

Dipendekkan cerita, disuruhnya saya koyak kupon tersebut. Dan memang dah diagak... (ingat saya bodoh) mereka buat-buat terkejut apabila saya mendapat kereta percuma VIOS. Punya la gelaknya saya dengan gelagat bodoh mereka. Bukannya apa, mereka pandai berlakon...

Antara soalan kebodohan mereka ialah:-
1. Abang pasti ini no tel abg... 017-6141292?
2. Abang pasti ini nama abg?
3. Abang tak rasa gembira ker menang itu kereta?
4. Abang kami mahu ambil gambar abang.
5. Abang tengok muka kami ada dalam itu paper kan (entah betul ker tak... memang tak betul pun tapi mengiyakan)


Disebabkan saya malas nak melihat lakonan bodoh mereka yang antaranya:-
1. Menghubungi kawan/bos dia kot bahawa saya adalah pemenang kereta VIOS.
2. Menunjukkan keratan akhbar mereka-mereka yang telah menang kepada saya (Nama akhbar lupa tapi tarikh dalam bulan April 2007).
3. Mereka membuat terperanjat berok walhal saya buat biasa jer.


Apa-apa pun lakonan mereka itu membuatkan saya terfikir, ada jugak manusia yang nak memperbodohkan orang. Bila saya ke Mahkota Parade, memang dijangkakan tiada pameran jualan barangan elektrik seperti yang dikatakan oleh mereka berdua.

The moral of the story... saya nasihatkan diri saya dan anda semua berhati-hati dengan tipu helah mereka. Usah percaya dengan barangan (tuah) yang bergolek secara tiba-tiba dihadapan anda melainkan anda ada masuk peraduan/atau pertandingan yang sah.

Cerita Kedua
Tunggu entry akan datang al kisah tentang peristiwa yang baru berlaku di Maybank Melaka.


Apakah yang berlaku? Adakah berlaku rompakan? Tunggu entry akan datang untuk saya berkongsi cerita

Kali ini saya berkongsi dendangan lagu yang pasti kita takkan lupa, lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham P.Ramlee. Dengarkan di sini http://www.youtube.com/watch?v=K40uYUapEf4

VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22

salam,

tq selalu komen..
selamat mencari lailatul qadar 10 malam terakhir nih
selamat hari raya.. balik kg hati2..

kawin nanti jemput la hehehe..
Thu 4-Oct-2007 16:51
Posted by:o3photography aka otopan otosan agmnhob@gmail.com  - [Link]
salam aidilfitri + 0-0 jugak ye..
maaf kalu ada terkasar bhsa, tersilap kata..

Thu 4-Oct-2007 23:38
Posted by:conan  - [Link]

Kain layar berwarna merah
Pergi mendayung ke Pulau Payar
Gyeongju tempat penuh bersejarah
Tapak Hyundai membina empayar
Fri 5-Oct-2007 00:43
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Wednesday, 26-Sep-2007 13:50 Email | Share | | Bookmark
Lambaian Aidilfitri - Jamal Abdillah

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
LAMBAIAN AIDILFITRI

S:
Suara takbir berkumandang Membisik di hati
Sebak terasa di dada Ku teringat kampung halaman

S:
Di pagi indah aidilfitri Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan Ayah bonda sanak dan saudara

JA:
Jangan sedih Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati Gema takbir menambat di jiwa

JA:
Aidilfitri Disambut penuh gembira
Walaupun di perantauan Bersyukurlah kepada Illahi

JA:
Ku terharu Merindukan gurauan
S:
Lambaian di desa Ayah bonda sanak dan saudara

S:
Ampun maaf Ku pohonkan di angin lalu
S & JA:
Ampuni anakmu Dari segala keringan dosa

S & JA:
Ayah dan ibu Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia Aidilfitri penuh syahdu

JA:
Jangan sedih Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati Gema takbir menambat di jiwa

S:
Ampun maaf Ku pohonkan di angin lalu
S & JA:
Ampuni anakmu Dari segala keringan dosa

S & JA:
Ayah dan ibu Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia Aidilfitri penuh syahdu


Salam,

Setibanya aku di rumah tepat jam 5.20 petang selepas balik dari kerja, aku telah menerima sepucuk surat. Di luar sampul tertera kiriman daripada Rawang Selangor. Memang mudah untuk aku jangkakan, kiriman tersebut adalah kiriman kad raya oleh seorang teman yang lama tidak ku jumpa.


Walaupun negara kita maju dengan kepesatan IT, kiriman kad tetap menjadi sebahagian tradisi yang sukar dilupakan untuk mereka yang berjauhan

Dengan lafaz Bismillah... aku mengoyakkan sampul surat tersebut secara tertib agar tidak merosakkan sampul tersebut. Aku pun membaca isi kandungan kad raya tersebut. Dalam hatiku berkata "itulah kad pertama yang aku terima dalam tahun ini, ada jugak kawan yang ingatkan aku".

Kebiasaan aku banyak menerima e-kad hari raya Aidilfitri melalui e-mail dari kawan-kawan serata Malaysia mahupun dari luar Malaysia. Walaupun Malaysia telah memasuki abad ke 21, kita tidak pernah melupakan tradisi menghantar kad raya kepada ibu bapa, sahabat handai, rakan taulan yang jauh.


Raha, terima kasih atas kiriman kad tersebut

Terima kasih kepada sahabat-sahabat, dan rakan taulan yang sudi mengirimkan e-kad raya aidilfitri mahupun kad raya secara pos. Insya'Allah saya cuba untuk membalas kad raya yang dikirimkan oleh anda semua.

Kali ini video klip lagu Lambaian Aidilfitri nyanyian Jamal Abdillah berduet bersama dengan Saleem membuatkan aku tersentuh di mana seketika aku pernah hidup sebagai perantauan jauh dari ibu bapa. Dengarkan lagu Lambaian Aidilfitri di sini... http://www.youtube.com/watch?v=zsk3Cx9pgzM

VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22

Entryku kali ini…

Zaman Jepun hidup merana
Rakyat Korea jiwa tersiksa
Terhimpun sejarah gemilang dan dukalara
Sebagai pengajaran membina bangsa
Mon 1-Oct-2007 02:46
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
besttt la dpt kad raya..kita x dpt pun lg Mon 1-Oct-2007 03:50
Posted by:sofu  - [Link]
huhuhu...acik botak kasik le mama aqil nie kad raya...taun nie baru dapat 1 je kad.. sedih nyer...
p/s : mana nak dapat kad kalo kita pun x kasik org kad!!!
windu la ms skolah2 dolu...
pecah kaca pecah gelas...sudah baca jgn lupe balas!!
Mon 1-Oct-2007 04:11
Posted by:mamadarwisy  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Saturday, 22-Sep-2007 12:53 Email | Share | | Bookmark
Dari Jauh Ku Pohon Maaf

 
 
Quote:
Dari Jauh Ku pohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


Salam,

Kembali kali ini adalah tip persiapan untuk mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman. Setiap kali kita akan diingatkan agar memandu secara berhemah agar tidak berlaku sebarang kecelakaan di jalanraya.

Kali ini saya ingin berkongsi 8 petua keselamatan jalan raya yang harus kita ikuti...


Sebelum memulakan perjalanan pastikan kenderaan anda telah diservis untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang tidak diingini.

8 PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


Semoga perjalanan anda selamat dan hargai nyawa anda dan orang lain.

Pesanan daripada saya sekeluarga.

Kali ini saya sertakan video klip lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf untuk kita dengar bersama. Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=DZFGWTmetCY

[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22

Mood raya..tak sabar nak balik kampung..huhu.. Wed 26-Sep-2007 04:19
Posted by:iryani iryani_iryani@yahoo.com  - [Link]
macam muka penyanyi nasyid ajer ni! betol ka? betul ke? betul ek? betul eh? betul kan? hahaha
p/s hari yang sungguh tense di command centre.. otakku separa beku.. happy ramadhan anyways idd
Wed 26-Sep-2007 06:15
Posted by:Cinta Dhinas Azraaei  - [Link]
Outled: hehe.. ya la rasa bersama adik-adik ipar...
Cinta Dhinas Azraaei: mana ada macam penyanyi nasyid... macam siapa?
Wed 26-Sep-2007 13:31
Posted by:idderes idd@host.sk  - [Link]
View all 21 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.