 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::- wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu By: Wan Fikri de Orange
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Thursday, 7-Feb-2008 10:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kesilapan Ku, Keegoan Mu
|
|
| Quote: | Siti Nurhaliza
Kesilapan Ku, Keegoan Mu
Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi
Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita
Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu
|
Salam,
Maaf kira lama aku tak kemaskinikan fp aku ini. Maklum la sepanjang hampir 3 minggu ini aku sibuk dengan kelas, olahraga dan permainan...
Sepanjang aku di dalam kelas hampir 3 presentation aku dah jalani... setakat ini semua berkumpulan... antaranya, presentation kaedah pengajaran Matematik tahap 1, lakonan penggunaan ayat yang betul untuk Bahasa Melayu Komunikasi, dan kaedah pembelajaran Bahasa Melayu. Alhamdulillah berjalan lancar...
Tapi yang sedang menunggu untuk presentation akan datang ada 4... assignment jangan dicerita... mau jer dah 5 yang sempat aku listed pending... hahahaha... bila la aku nak wat kan??
Apa-apa pun antara yang ketara aku mengalami perubahan ialah berat badan aku susut 3 kilogram. Mana taknya, latihan olahraga, dan permainan (kelab) yang aku masuk Kelab Tenis dan kelas aku yang aku terpaksa harungi naik turun tangga... maklum la kelas kat tebing bukit.
11 Feb hingga 14 Feb nie aku akan menghadiri Bina Insan Guru (BIG) di Setiawan Perak. Macam 'camping' la jugak. Tapi kalo sempat aku tangkap gambar untuk dikongsi bersama ye..
Dengarkan lagu Kesilapanku Keegoanmu yang aku minati dulu... di sini.. http://www.youtube.com/watch?v=QdNQk54Lozc
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Jan-2008 18:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Guru Malaysia
|
|
| Quote: | Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
|
Salam,
Hampir seminggu aku tidak mengemaskinikan fp aku ini. Maklum sajalah aku mengikuti mingguan orientasi pelajar-pelajar baru KPLI di IPBMM KL.
Pelbagai program yang diadakan sepanjang minggu orientasi berlangsung. Aku tidak sempat untuk bergambar kerana fasilitator di sana tidak membenarkan untuk mengambil gambar..
Namun aku sempat mengambil beberapa gambar seperti sesi raptai untuk majlis penutup Minggu Orientasi 2008.
Lagu Guru Malaysia ini memberikan aku kekuatan untuk menjadi pendidik yang memikul amanah kerajaan dan masyarakat bagi membangunkan anak bangsa agar mereka menjadi generasi yang cemerlang dan memacu arah tuju Malaysia.
Dengan nyanyian lagu ini... aku menanam dan berjanji untuk memikul tanggungjawab yang diberi. Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=Jkdu9Jf_A3U
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jan-2008 14:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Doa Perpisahan
|
|
| Quote: | Brothers
Doa Perpisahan
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
|
Salam,
Tarikh 12 Jan 2008 merupakan hari terakhir aku bertugas di Heritage Drinks. Banyak pengalaman sepanjang aku berkhidmat di sini... suka duka menjadi memori yang akan aku kenangkan selalu terutama dengan sahabat dan kawan-kawan sekerja aku di sana.
Terima kasih kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan kerjasama semasa bertugas, dan aku doakan agar kalian semua berjaya hendaknya. Amin.
Jika ada kelapangan, akan aku ziarahi kalian. Insya'Allah tidak aku akan lupakan semua. Jika aku temui jodoh dan tiba masa untuk diijab kabulkan, aku akan menjemput kalian.
Cuma harapanku agar kalian doakan agar aku berjaya.
Lagu Doa Perpisahan ini aku sertakan sekali... dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=lOaTAV2_ibM&feature=related
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jan-2008 17:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Maal Hijrah 1429 Hijrah
|
|
| Quote: | Maal Hijrah (Lagu Tema) - Al Ajiba
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untok Sepanjang Zaman |
Salam,
Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1429 Hijrah pada 10 Januari 2008. Hijrah adalah satu perubahan dan pembaharuan yang perlu ada pada setiap manusia. Sebagai seorang insan yang kerdil ini, kita tidak pernah lari daripada kegagalan ataupun kecewaan sepanjang tahun yang lepas.
Tahun baru ini (1429 Hijrah), saya berdoa kepada diri saya dan anda semua agar berjaya daripada tahun sebelumnya, mendapat kenikmatan daripada ibadah yang kita lakukan, dijauhkan daripada fitnah dunia dan dilapangkan rezeki olehNya. Insya'Allah.
Dengarkan lagu Maal Hijrah di sini... http://www.youtube.com/watch?v=pzP93-1jpXU
Salam Maal Hijrah 1429 hijrah
Pada 08.01.2008 aku sempat survey tempat kursus aku di IBMM KL, ya la mana la tau aku sesat ke sana nanti.. Aku sempat mengambil beberapa gambar untuk tatapan. Anyway, perjalanan aku ke sana memang memenatkan berjalan kaki dari stesen LRT Putra Kerinchi ke IBMM. Tapi aku puas... aku telah menjumpainya...
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Jan-2008 03:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy birthday to me... - 6th January 2008
|
|
| Quote: | | "... genapnya umur saya 29 tahun hari ini, saya ingin mencapai cita-cita saya.... berjaya menjadi seorang pendidik yang berdedikasi... dan membantu keluarga... di samping itu saya ingin mengukuhkan hubungan dengan sahabat, teman, dan kawan-kawan... insya'Allah" |
Salam,
Malam semalam family aku telah membuat persiapan menyambut Hari Lahir aku yang ke-29 pada 6 Januari 2008. Walaupun semalam adalah 5 Januari 2008 namun dipercepatkan... . Terima kasih kepada keluarga yang bersusah payah membuat persiapan tersebut. Terharu aku dibuatnya...
Kepada sahabat, teman dan kawan-kawan yang mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada aku sama ada melalui e-mail, blog, sms, call dan sebagainya... terima kasih diucapkan. Kita tetap kawan...
http://www.youtube.com/watch?v=yj6cbM-h8xg
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Jan-2008 03:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Goodbye 2007, welcome 2008!
|
|
| Quote: | ABBA LYRICS
"Happy New Year"
No more champagne
And the fireworks are through
Here we are, me and you
Feeling lost and feeling blue
It's the end of the party
And the morning seems so grey
So unlike yesterday
Now's the time for us to say...
Happy new year
Happy new year
May we all have a vision now and then
Of a world where every neighbour is a friend
Happy new year
Happy new year
May we all have our hopes, our will to try
If we don't we might as well lay down and die
You and I
Sometimes I see
How the brave new world arrives
And I see how it thrives
In the ashes of our lives
Oh yes, man is a fool
And he thinks he'll be okay
Dragging on, feet of clay
Never knowing he's astray
Keeps on going anyway...
Happy new year
Happy new year
May we all have a vision now and then
Of a world where every neighbour is a friend
Happy new year
Happy new year
May we all have our hopes, our will to try
If we don't we might as well lay down and die
You and I
Seems to me now
That the dreams we had before
Are all dead, nothing more
Than confetti on the floor
It's the end of a decade
In another ten years time
Who can say what we'll find
What lies waiting down the line
In the end of eighty-nine...
Happy new year
Happy new year
May we all have a vision now and then
Of a world where every neighbour is a friend
Happy new year
Happy new year
May we all have our hopes, our will to try
If we don't we might as well lay down and die
You and I
|
| Quote: | Hidup ini penuh dengan dugaan cabaran ujian dan halangan. Andai tahun ini kau jatuh janganlah terus rebah dan katakan "Oi.. sapa tolak aku? Tak nampak orang ker?"
Selamat Tahun Baru 2008!
My.website : www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
Selamat Tahun Baru 2008,
Mulakan dengan azam yang baru. Bila kita cakap tentang AZAM semua orang mahukan azam yang terbaik berbanding tahun lepas bukan? Begitu juga dengan aku. Azam aku tahun 2008 ini ingin berjaya menjadi seorang pendidik disamping membantu keluarga.
Insya'Allah, aku doakan agar aku diketemukan dengan seorang puteri untuk diri aku menghiasi mahligai kesepian ini... Target kahwin... ahakss... aku dah pening pasal mak ayah aku bising-bising bila nak kahwin. Disebabkan banyak sangat soalan baik daripada keluarga sendiri, sahabat rapat, teman-teman, kawan-kawan... aku target kahwin masa tahun 2010 boleh? Tapi itu AZAM 2010 la...
Apa AZAM korang pulak?
Dengarkan lagu daripada ABBA - Happy New Year di sini... http://www.youtube.com/watch?v=7qCRQqOz63s
| Quote: | Notis: Mulai 14 Januari 2008 aku akan mula kursus di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) di Lembah Pantai KL selama setahun. Insya'Allah aku akan mengemaskinikan fp ini paling teruk pun sebulan sekali dengan berkongsi cerita suka duka aku sebagai seorang penuntut. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Dec-2007 13:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tunggu Sekejap - Siti Nurhaliza
|
|
| Quote: | Rafeah Buang (P. Ramlee)
Tunggu Sekejap
Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku
Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau
( 1 )
Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh
( korus )
Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu
( ulang dari 1 hingga akhir )
|
Salam,
Lama benar aku tak melawat fp kawan-kawan kat sini. Maaf kerana sibuk uruskan kerja sebelum aku bertugas hari terakhir aku pada 13 Januari 2008 akan datang.
Aku akan mula berkursus di bahagian pendidikan pada 14 Januari 2008 di Lembah Pantai KL. Mungkin masa kursus lagi sibuk kot... ya la nak siapkan assignment... apa-apa pun kita tetap kawan ya!
Cuma aku harap aku dapat sesuaikan persekitaran di sana nanti. Maklum sajalah dah hampir 6 tahun aku meninggalkan duduk di asrama... kembali aku seperti belajar semula... Rindu aku pada Melaka dan orang yang aku sayangi...
Inilah yang aku pilih... bidang pendidikan... harap doa kalian semua aku berjaya. Insya'Allah...
Apa-apa pun tunggu aku abiskan kursus KPLI ya..
Dengarkan lagu Tunggu Sekejap yang dinyanyikan semula oleh Siti Nurhaliza di sini... http://www.youtube.com/watch?v=xTTDFys6Yck
Selamat Hari Natal
idd HOST SK
017-6141292
YM: budak_kampung22
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Dec-2007 14:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Aidiladha
|
|
| Quote: | 4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Dec-2007 05:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Promosi video perkahwinan - *RM499.00 sahaja
|
|
| Quote: | Tempahan untuk memori indah anda, VIDEO PERKAHWINAN pada harga menarik bermula dari harga RM499.00 sahaja.
Apa yang akan anda dapat?
- Rakaman video dalam bentuk DVD +
- Rakaman video dalam bentuk VCD +
- Rakaman video asal +
- Cover DVD yang menarik +
- Harga bermula daripada *RM499.00 +
*Tertakluk kepada lokasi dan masa pengambaran. Harga berlainan untuk di luar kawasan Melaka.
Lihat sample video di http://www.idd.host.sk atau hubungi 017-6141292 untuk tempahan anda.
|
Salam,
Maaf sudah hampir sebulan aku menyepikan diri. Bukan dek kerana merajuk atau sebagainya, tetapi sibuk dengan urusan di sini...
Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang aku menyepikan diri... antaranya aku telah mendapat anak buah perempuan yang pertama pada 28 November yang lalu. Suka aku, mana taknya... aku dah jadi paklong rupanya... Tahniah buat adik aku, Ano yang telah mendapat cahayamata pertama...
Perkara lain yang menarik berlaku pada bulan lepas semasa aku dengan kawan aku pergi ke TESCO Melaka, kami dikejutkan dengan kejadian kemalangan kecil yang telah ditimpa oleh seorang makcik (sekitar usia 50an). Bumbung seakan-akan rak untuk barangan promosi telah menghempap makcik tersebut. Makcik malang tersebut terkejut, mana taknya kulit pipinya terkoyak dek dihempap oleh bumbung promosi tersebut. Aku tidak mahu untuk menangkap gambar memandangkan ramai pakguard dan pegawai TESCO yang mengerumuni makcik tersebut.
Walaubagaimana pun makcik tersebut mungkin telah diberikan rawatan sebaik aku cuba melihat kembali kejadian tersebut.
Kemalangan yang berlaku di Jalan Semabok (berhampiran dengan kawasan pasar malam) pada bulan November yang lalu jam 5:30 petang antara motosikal, kereta dan jentolak mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera parah. Aku tidak sempat untuk merakamkan kejadian tersebut kerana kaku memandang darah di jalanraya. Tiga minit kemudian sebuah van ambulans tiba untuk membawa mangsa tersebut ke hospital.
Sekian laporan dari aku yang tak seberapa. Maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan laman ini. Mungkin seminggu sekali, sebulan sekali kot.. Jangan marah yer... I'm still your friends...
wajah terkini aku...
Lihat salah satu sample video pekahwinan ini... http://www.youtube.com/watch?v=HNnemMnsLDs
VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Nov-2007 12:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lagu ASPALELA adalah lagu ciplak?
|
|
| Quote: | Belum lagi reda dengan lagu Rasa Sayange dan Tarian Indang, di radio-radio Malaysia sekarang ini tengah asyik dikumandangkan lagu baru (yang tampaknya jadi Hit) berjudul ASPALELA. Tak jelas siapa pengarang syairnya, tapi yang jelas lagu tersebut dinyanyikan oleh Saiful Apek. Seorang pelaku seni yang memulai dari kariernya sebagai pelawak, penyiar radio ERA FM, pelakon filem (aktor, Cicak Man adalah filem terlarisnya) hingga sebagai penyanyi.
Lagu ASPALELA dapat digolongkan sebagai lagu ringan yang bersifat humor/kelakar. Bitnya cepat dan rancak, tetapi jika didengarkan dengan sungguh-sungguh dan teliti, nada lagu tersebut sebagian besar mungkin menciplak dari dua lagu anak-anak Indonesia yang terkenal pada zaman dulu kala. Dua lagu tersebut adalah lagu Abang Tukang Bakso - Ciptaan: Mamo/Agil dan lagu Bintang Kejora - Ciptaan: A.T. Mahmud.
Lagu ASPALELA dibuka dengan chorus yang diambil dari bahagian reffrain lagu Abang Tukang Bakso. Masuk ke bait pertama lagu tersebut, dilagukan dengan nada lagu Bintang Kejora. Kemudian bait kedua kembali ke reffrain lagu Abang Tukang Bakso…, begitu seterusnya hingga kurang lebih 75% lagu ASPALELA didominasi oleh kedua lagu tersebut. Yang membezakan hanya pada tempo lagunya (bitnya), dua lagu anak-anak Indonesia yang mungkin diciplak tersebut dalam nada lagu aslinya bertempo agak perlahan berbanding lagu ASPALELA.
Cuba klik dan dengarkan serta bandingkan sebagian lagu Aspalela ( http://www.divshare.com/download/2619076-6cf ) dengan dua lagu anak-anak ( http://www.divshare.com/download/2619154-59b ) yang mungkin diciplaknya, kalau sempat sambil menyemak syairnya Aspalela …. .
========================
Syairnya seperti di bawah:
………… ……… …..(CHORUS dengan nada lagu Abang Tukang Bakso):
………… ……… …..(Kemudian masuk bait pertama dinyanyikan dengan nada Bintang Kejora), sbb:
Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa
………… ……… …..(Dengan nada lagu Tukang Bakso ), sbb:
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
………… ……… …..(Dengan nada Bintang Kejora), sbb:
Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima
………… ……… …..(Dengan nada lagu Tukang Bakso ), sbb:
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Oh lela lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela
Oh oh lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela
Adakah lagi peluang kita bersama
Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… aspalela
====================
Pertanyaannya, apakah lagu ASPALELA ini adalah gabungan daripada lagu lama kedua pencipta lagu anak-anak ciptaan AT Mahmud dan Sdr. Mamo/Agil?? |
Selanjutnya silakan muat turun dan dengarkan lagu lengkap Aspalela:
Lagu lengkap ASPALELA (MP3). ( http://www.divshare.com/download/2513644-2f0 )
Dan juga dua buah lagu anak-anak Indonesia, yang sebahagian nadanya mungkn diciplak:
Lagu lengkap ABANG TUKANG BAKSO (MP3). ( http://www.olentz.net/blog/2007/07/12/abang-tukang-bakso/ )
Lagu lengkap BINTANG KEJORA (MP3). ( http://www.4shared.com/account/file/24563807/badfaefd/Bintang_Kejora.html?sId=tyF89fcV9orYRYq2 )
VideoMan WeddinG CeremonY
[URL] http://www.idd.host.sk
[TEL] 017-6141292
[E] mail: idd@host.sk
[YM] : budak_kampung22
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|