 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::- wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu By: Wan Fikri de Orange
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Sunday, 27-Jul-2008 06:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sepi - Yuni Shara
|
|
| Quote: | Yuni Shara / Melly Goeslaw
Sepi hati
Terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja
Aku ini
Yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam
Woo.. sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam |
Salam,
Pelbagai perkara berlaku sepanjang aku mendiamkan diri... antara yang aku simpati beberapa orang sahabat aku gagal dalam ujian Mtest untuk KPLI baru-baru ini. Begitu juga dengan yang tidak yakin apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.
Namun, aku tetap memberikan sokongan kepada sahabat aku sekelian. Kegagalan kali ini bukan bermaksud kita lemah atau mula hilang keyakinan... pengalaman mendewasakan setiap daripada kegagalan yang kita hadapi. Semoga kalian berjaya! Insya'allah.
Study aku? Ahakss.. Aku pulak macam biasa sibuk dengan tugasan harian. Mana taknya, pensyarah sibuk nak tengok presentation aku jer.. kadang-kadang inilah yang aku kena tempuhi dan aku mencari... walaubagaimana pun aku gembira dengan jalan yang aku lalui... Insya'allah akhir bulan 11 nie tamatlah pengajian aku.
Aweks? Susah nak kata... adalah yang meminati aku. Aku menerima mereka dengan seadanya. Buat sementara ini aku anggap sebagai kawan. Bukan bermaksud aku menolak mereka... berilah aku ruang untuk mengenali isi hati dan budi mereka. Pengalaman lepas menyerikkan aku untuk memberikan hati aku pada penggantinya. Entahlah... biarlah masa menentukan. Jika aku kahwin, aku akan jemput kalian semua. Insya'allah.
Kesihatan? Baru-baru ini aku demam panas dek makan durian 8 biji... banyak tak? Nasib demam aku tak melarat sampai 2 hari. Lepas jumpa doctor jer aku dah sihat. Sejak-sejak ini pun aku tido 6 jam jer pasal nak prepare tentang study.
Emosi? Huhu... antara yang memberikan aku rasa kesunyian... sesuai dengan lagu sunyi dan lagu sahabat sebelum entry baru ini... mungkin aku solo, kawan pun jarang coz mengadap study jer tahun nie. Enjoy jauh sekali...
Kawan... ahaa... aku ada lah jugak kawan rapat dan kawan biasa... peluang untuk aku jumpa mereka amat tipis... bukan pasal aku sombong. Macam yang aku katakan aku bz sikit dengan tugasan dan pelajaran. Namun segala sms yang masuk aku tetap balas.
| Quote: | NOTIS
ALAMAT E-MAIL idd@host.sk
MENGHADAPI GANGGUAN UNTUK MENERIMA SEGALA E-MAIL DARI ANDA.
SILA GUNAKAN E-MAIL budak_kampung22@yahoo.com
HARAP MAAF SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
Tel: 017-6141292
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Jul-2008 15:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sahabat
|
|
| Quote: | Song / Lagu : Sahabat by Aizat AF5
Lyrics / Lirik Sahabat - Aizat :
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
|
Salam untuk semua,
Memang menarik bulan ini. Harap kalian semua sihat sejahtera. Lama benor aku tak tanya khabar kalian dek kesibukan saya menjalankan kerja harian.
Bulan ini merupakan bulan yang memberikan aku erti persahabatan yang sebenar. Terasa kehilangan mereka... tak perlulah aku sebutkan siapakah mereka itu.
Apakan daya aku tidak mampu menolak segala yang dijalankan untuk aku pada tahun ini... begitu besar sekali harapan aku dan keluarga aku serta tanggungjawab yang akan aku pikul tahun hadapan kelak.
Namun jauh sekali untuk aku melupakan sahabat-sahabat aku... dan juga kawan-kawan sepermainan ku. Merekalah yang pernah memberikan aku 1001 pengalaman.
Bila aku terdengar lagu Sahabat nyanyian Aizat AF ini... terasa kehilangan mereka. Insya'allah aku akan berjumpa dengan kalian semua...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-Jul-2008 15:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Harapan
|
|
| Quote: | Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi
Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang
(chorus)
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi
Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati
Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku
( ulang dari chorus)
|
Salam,
Maaf sudah lama aku sepikan diri seketika untuk aku uruskan beberapa perkara penting. Aku alhamdulillah sihat sejahtera hendaknya disamping dengan keluarga yang tersayang.
Bulan Julai ini banyak cabaran yang aku tempuhi setelah menyelesaikan misi berkhemah di Kem Merchong Pahang pada bulan Jun yang lalu, kini aku melangkah sehadapan menghadapi realiti kehidupan seorang guru.
Aku melangkah dengan penuh dugaan pada 30 Jun 2008 di sekolah rendah. Alhamdulillah sehingga kini aku mampu mengawal kelas dan berasa sangat seronok dengan murid-murid yang rata-rata dahagakan ilmu dan kasih sayang seorang guru. Bagi murid-murid, guru adalah orang yang dipercayai. Kata orang kalau kita kata 1+1 = 100 pun murid akan percaya. Apa pun itulah tanggungjawab aku yang sesekali tidak akan hampakan harapan mereka.
Insya'Allah akan aku kotakan menjadi seorang guru yang cemerlang.
Dengarkan lagu 'Perwira' di sini... http://www.youtube.com/watch?v=9Z5jGonntHM&feature=related
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Jun-2008 15:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Antara realiti dan hakiki
|
|
| Quote: | Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan
PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini.
Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun.
“Pemilik kenderaan sebenarnya masih menikmati subsidi petrol yang kita pulangkan semula dalam bentuk bayaran tunai,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan struktur baru subsidi bahan api hari ini berkata, bayaran tunai akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan RM1 bagi diesel.
Bayaran sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.
Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.
Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Bayaran tunai itu, menurut Perdana Menteri, akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.
Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.
|
Harga terbaru berkuatkuasa 5 Jun 2008: Petrol RM2.70 seliter, Diesel RM2.58 seliter
Salam untuk semua,
Minggu lepas kita dikejutkan dengan peningkatan harga petrol dan diesel. Itulah antara realiti yang kita kena hadapi. Kalau sentuh bab lain apatah lagi bab politik takut aku dikenakan tahanan ISA pulak. Antara beberapa cadangan dan saranan aku kepada kerajaan adalah seperti berikut:-
| Quote: |
a. tambatkanlah RM kita kepada RM3.60/1.00USD.
b. naikkanlah cukai rokok yang membawa pelbagai penyakit.
c. naikkanlah cukai arak.
d. perlahankan pembinaan projek raksasa.
e. KIV dahulu projek mega yang akan dirancang/ belum dilaksanakan.
f. kakitangan awam dari semenanjung difikirkan di tempat ke semenanjung semula untuk 'cut-off- elaun seberang dan sebagainya.
g. rombak semula projek-projek kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat.
h. kenderaan yang mempunyai no. flat negara asing perlu membeli petrol pada harga bukan subsidi (kalau boleh mengikut harga negaranya) bagi menggalakkan penggunaan kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.
i. jamuan selepas mesyuarat melibatkan penjawat awam diberi jamuan yang ringkas atau tidak lagi jamuan atau bukan jamuan melibatkan kos yang tinggi
j. kerajaan mengubah pemberian subsidi setahun sekali melalui pembaharuan roadtax kepada pemberian subsidi kepada yang benar layak melalui pendapatan perseorangan yang boleh dikesan melalui potongan KWSP/ atau Borang J. mereka yang layak dan mempunyai pendapatan RM3,000 dan ke bawah berhak dapat subsidi yang boleh dikesan di stesen minyak sendiri menggunakan kad pengenalan. Alat/sistem untuk 'trace' pendapatan setiap orang yang bekerja melalui kad pengenalan boleh diwujudkan.
k. pelajar-pelajar IPTA/IPTS atau individu yang tidak mempunyai pendapatan layak sepenuhnya subsidi ini tetapi dikecualikan kepada pelajar asing.
l. bukan warganegara MALAYSIA tidak layak sama sekali untuk menerima subsidi petrol/diesel ini dan mereka perlu membayar pada harga bukan subsidi atau harga pasaran seperti di negara mereka.
m. syarikat gergasi/multinasional tidak berhak mendapat subsidi ini.
n. IKS/syarikat kecil berskala pendapatan bersih di bawah RM1 juta setahun layak menerima subsidi ini.
o. projek perintis untuk ANGKASAWAN ke 2 negara ditangguhkan.
p. hasrat pembelian kapsul ANGKASAWAN pertama perlu ditangguhkan/dibatalkan.
q. penghapusan cukai jalan untuk semua kenderaan yang di bawah 2,000cc dan motosikal di bawah 250cc.
r. menurunkan harga tol kini kepada 50% atau dihapuskan bayaran tol.
s. bagi mengelakkan rizab petroleum negara yang dijangka kehabisan menjelang tahun 2024, kerajaan perlu mengurangkan eksport ke luar negara/ tidak mengeksport sebaliknya menjual kepada rakyat Malaysia.
t. merancakkan R&D negara bagi mencari alternatif lain selain penggunaan petrol.
u. memberi subsidi/diskaun pembelian alat NGV kepada rakyat yang mempunyai kenderaan di bawah 2,000cc sahaja.
v. merancakkan stesen minyak mewujudkan stesen NGV masing-masing di seluruh negeri dengan mengekalkan harga semasa NGV.
w. mengekalkan harga barangan keperluan termasuk harga kawalan.
x. memberikan insentif tambahan kepada pengusaha bot kecik-kecilan terutama di luar bandar.
y. melicinkan perkhidmatan pengangutan awam dan mewujudkan jaringan hub pengangkutan yang licin, cekap inter-setiap negeri selain bas dengan tambang yang lebih kompetitif daripada penggunaan kenderaan sendirian.
z. menurunkan kadar interest pinjaman pembelian kenderaan nasional di bawah 2,000cc kepada lebih 50% daripada sekarang.
a.a. menggalakkan semua jabatan kerajaan mengurangkan penggunaan kertas, elektrik dan air bagi mengelakkan pembaziran. Penggunaan surat pekeliling antara jabatan kerajaan melalui internet digalakkan.
a.b. menaikkan kadar pelepasan cukai untuk anak-anak di bawah 18 tahun, pelepasan individu, isteri, dan anak kurang upaya.
a.c. menaikkan rebat cukai suami/isteri sekarang.
a.d. bagi menggalakkan rakyat membeli insurans nyawa, pengecualian pelepasan daripada terhad RM3,000 kepada RM5,000
a.e. menggalakkan dan merancakkan sektor pertanian terutama kepada penanaman padi dengan pemberian insentif kepada petani.
a.f. memberikan subsidi minyak dan bantuan pinjaman dengan kadar interest yang rendah kepada pengusaha padi, nelayan dan penternak ikan.
a.g. tanah yang terbiar diusahakan dengan rancak penternakan lembu/ayam/penanaman yang sesuai mengikut jenis tanah. tanah individu yang terbiar dan tidak diusahakan dikenakan kompaun yang tinggi.
a.h. tanah yang dikategorikan sebagai pertanian tidak dibenarkan sama sekali diubah kepada kediaman dan sebagainya.
a.i. garis kemiskinan rakyat dinaikkan.
a.j. bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ibu tunggal, dan OKU dinaikkan.
a.k. menaikkan elaun / mewujudkan elaun minyak bagi kakitangan yang berskala gaji di bawah RM3,000
a.l. menurunkan interest/ memudahkan pinjaman pembelian motosikal kepada rakyat.
|
Notebook terkini aku jenama TWINHEAD. Lihat di sini info lengkap http://www.twinhead.com.my/product_detail.asp?productid=247&type=1
| Quote: |
Twinhead abecH12Y
Intel® Core Duo Processor T2400 (1.83Ghz)
Intel® 945 GM Chipset
Genuine Windows Vista® Home Premium (optional)
4 in 1 MS/MS Pro/MMC/SD Card Reader
1GB DDR2, 120GB SATA HDD
1.75kg (w/Supermulti DVDRW)
12.1” Widescreen Bright Clear (1268 x 800)
Integrated Bluetooth
USB 2.0 x3/ Firewire IEEE1394 Port/ VGA Out Port
|
Aku tidak pasti sama ada cadangan ini boleh diterima atau tidak. Aku ada jugak mengikuti perkembangan dan idea yang disampaikan oleh Tn. Dr. Mahathir bin Mohamed melalui blog beliau di www.chedet.com.
Wajah terkini aku... amacam?
Apa-apa pun... hidup kita kena survival dan diteruskan demi sesuap nasi untuk menyara kehidupan. Cuma aku kadang-kadang terfikir... adakah harga petrol akan melonjak ke RM4.00 seliter nanti? Kita tunggu dan lihat!
http://www.idd.host.sk
017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-May-2008 01:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selepas kebakaran - Satu tragedi
|
|
| Quote: |
Jam 9.30 pagi - Pihak penyiasat bomba sedang menyiasat punca dan anggaran kerugian dalam kebakaran.
Pihak Ntv7 dijangka akan membuat liputan berkenaan kebakaran ini.
Gambar lain sila lihat di bawah. |
Nota: Kebakaran kali ini merupakan kali yang pertama berlaku di hadapan mata dan menimpa saudara saya. Moga mereka tabah menghadapi ujian daripada Allah.
Kenangan yang lucu: Saya memarahi operator 999 disebabkan terlalu banyak bertanya. Apa-apa pun semuanya telah selamat dan tiada nyawa terkorban.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-May-2008 23:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kebakaran - 29 Mei 2008
|
|
| Quote: | 29 Mei 2008 - Satu kebakaran telah berlaku di Pantai Peringgit di belakang Pasar Besar Melaka, berhampiran dengan Melaka Sentral Melaka pada jam 1.20 pagi tadi.
Kebakararan ini berlaku ketika semua penghuni nyenyak tidur pagi tadi. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku disebabkan mereka telah dikejutkan oleh jiran tetangga.
Panggilan bomba telah dibuat pada jam 1.26 pagi oleh seorang pemuda sebelah rumah yang kebetulan ketika itu tidak tidur. Pihak bomba telah datang 10 minit kemudian ditempat kejadian. Kebakaran ini dapat dikawal oleh pihak bomba daripada merebak ke rumah yang berhampiran. Tiada banyak barang yang dapat diselamatkan ketika kejadian.
Jurugambar oleh: wan fikri |
Note: Rumah yang terbakar adalah rumah nenek saya bersebelahan dengan rumah saya. Alhamdulillah tidak melibatkan rumah saya kerana kejayaan pihak bomba mengawal kebakaran.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-May-2008 13:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pentauliahan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah
|
|
| Quote: | Fatwa Pujangga
T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga
Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia
( korus )
Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan
Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua
|
Salam semua...
Lama aku tidak kemaskinikan fotopages aku ini...
Pada 15 Mei 2008 hingga 17 Mei 2008 aku telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah.
Aku ada sertakan beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Sepanjang tarikh tersebut aku telah berkhemah di Kem Kampung Merchong Pahang. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti kawad kaki, membuat gajet/ikatan, memasak, memasang khemah, kembara di hutan, merentas sungai, dan berakit.
Aktiviti ini dapat melatih aku supaya lebih bersedia dan mendisiplinkan aku...
Apa pun, aku suka dengan aktiviti ini.. caya laa
Bergambar bersama skuad IPBMM
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Apr-2008 07:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA - AXL's
|
|
| Quote: | ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA - AXL's
Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka
Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana
Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna
Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara
Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri
|
Salam...
Lama benar aku tak kemaskini kan blog aku ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi bertanyakan khabar aku dan melawat blog aku ini...
Alhamdulillah... banyak perkara menarik mengajar aku. Andai dapat ku undur masa ingin aku berjumpa dengan kawan-kawan lama.. Tapi apakan daya. Masa amat mencemburi aku dan kadang-kala aku amat takut jika aku kehilangan mereka.
Walaupun apa berlaku antara kita, kita tetap kawan selamanya. Jadikan masa ini adalah masa perjuangan aku untuk mencapai cita-cita menjadi seorang guru. Kita sudah pasti akan berjumpa walaupun seketika nanti... percayalah...
Dengarkan lagu Andai Dapat Ku Undur Masa di sini...
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Mar-2008 10:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Apakah ramalan pilihanraya kali ini?
|
|
| Quote: | Lirik Lagu Marilah Mengundi
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara
Hari undi akan tiba
Kekalkan demokrasi
Gunakan hak kita yang asasi
Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara
Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi
Bila memangkah kertas undi
Harus kita berhati-hati
Kalau salah tak berganti
Sesal sendiri
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara
|
Salam,
Kali ini aku dapat merasakan kehangatan pilihanraya. Walaupun ni kali ke 2 aku mengundi, tapi kali ini adalah berbeza dengan tahun 2004 yang lalu.
Jika diimbau, tahun 2004 memudahkan Barisan Nasional (BN) menang mendapatkan undian majoriti 2/3 beberapa bulan sebelum pilihanraya ke 11, Tun Dr. Mahathir memberi laluan kepada Pak Lah.
Kali ini, pilihanraya ke 12 menyaksikan beberapa isu menarik perhatian. Antaranya adalah isu kenaikan harga minyak yang akan digunakan untuk memancing undi. Idea manifesto untuk menurunkan kenaikan harga barangan terutama minyak sedikit sebanyak mungkin boleh menarik perhatian masyarakat memilih parti pembangkang.
Pembebasan Dr. Anwar Ibrahim memberikan satu aura dan kekuatan kepada parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk lebih agresif memberikan keyakinan agar rakyat memilih parti PKR bagi membela nasib mereka.
Antara yang menarik perhatian aku adalah keghairahan BN untuk merampas negeri Kelantan. Beberapa manifesto yang istimewa diwawarkan untuk membuka mata rakyat Kelantan untuk memilih pembangunan di bawah pemerintahan BN.
Tetapi, kadang-kala aku terfikir dan sesekali berfikir kenapa begitu sukar BN dapat menawan hati rakyat Kelantan.
Kini, rakyat telah membuat pilihan melalui pilihanraya yang telah pun diadakan pada hari ini. Jam 7.30 malam kita akan dapat mengetahui beberapa keputusan yang sebenar sama ada BN akan menang besar atau sebaliknya.
Rakyat mungkin akan memilih BN memandangkan arus pembangunan yang telah dilakukan oleh BN dan prestasi kedudukan ekonomi negara serta dapat menarik pelabur asing di Malaysia.
Cuma rakyat telah membuat keputusan dan keputusan rakyat akan memberikan 1001 sebab kenapa mereka tidak memilih manamana parti yang kalah. Moga kemenangan yang dimenangi oleh mana-mana calon, akan menjanjikan apa yang dijanjikan kepada rakyat nanti.
Sekiranya rakyat memilih parti pembangkang untuk memerintah Malaysia, besar kemungkinan akan berlaku satu perubahan besar dan persepsi berbeza untuk pelabur melabur di Malaysia.
Bukan itu sahaja, kemungkinan akan berlaku beberapa rombakan pengurusan yang besar yang mungkin memberikan impak kepada rakyat khasnya.
Manakala jika rakyat tetap memilih BN, BN mungkin dapat meneruskan beberapa teras pembangunan untuk rakyat.
Apa yang utama, keharmonian, kerohanian yang selari dengan negara Islam, keamanan dan kemajuan dapat dirasai oleh rakyat Malaysia. Pastikan kemenangan ini tidak menggadaikan hak istimewa orang Melayu di Malaysia kelak.
Cuma aku dahagakan arus pembangunan agar generasi akan datang dapat merasai kemajuan negara oleh pemimpin terdahulu.
Wan Fikri
Dengarkan lagu Mari Mengundi di sini... http://www.youtube.com/watch?v=tgNEh3XsXgI
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Feb-2008 19:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sayang-sayang (Aliff Aziz)
|
|
| Quote: | Aliff Aziz - Sayang Sayang
Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak…
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang
Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku
Inginku teriak
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang
Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku
Ingin ku teriak
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang,
Cerita berakhir tak senang |
Salam semua,
Aku baru jer balik dari mengikuti kem Bina Insan Guru (BIG) di Setiawan Perak pada 11-14 Feb 2008.
Sepanjang aku berada di sana, aku mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik antaranya mendaki bukit yang tinggi, berkayak, berenang, membina khemah, latihan dalam kumpulan (LDK), sukaneka dan memasak.
Antara aktiviti yang aku tak boleh lupakan adalah aktiviti berenang. Mana taknya, aku dah la tak tahu berenang, disuruh menyelamatkan sebuah kayak... pergh gelabah aku walaupun aku ada memakai pelampung. Tapi sayang aku tak dapat nak tangkap gambar... nanti kamera aku masuk air lak.
Apa-apa pun, selepas aku mengikuti aktiviti ini; aku berasa banyak ilmu yang aku dapat. Antara yang aku sukar lupakan dalam aktiviti berenang dan aktiviti dalam kumpulan. Di samping itu melalui kem ini, aku bertambah semangat untuk mengajar anak-anak kerana aku tahu tanggungjawab seorang guru amat besar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.
Lihat contoh-contoh gambar yang sempat aku masukkan...
Lagu Sayang-sayang oleh Aliff Aziz ini aku minat. Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=5f00OUwlqt4
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|