 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::- wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu By: Wan Fikri de Orange
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Wednesday, 13-May-2009 08:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Guru 2009
|
 |
|
Januari 2009
|
|
 |
|
Menunggu member tak kunjung tiba...
|
|
|
Selamat Hari Guru!
Dari kiri: Aku, Ina, Azrol, Ita, Mar, Iza
| Quote: | Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. |
Sempena Hari Guru 2009 ini, saya dengan sukacita mengucapkan Selamat Hari Guru 2009 kepada semua warga pendidik di Malaysia. Sama-sama lah kita berbakti menabur budi dalam melahirkan murid yang seimbang dalam jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Al-kisah bila terkenangkan kembali aku berasa bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana aku dapat juga diberikan kesempatan memikul tanggungjawab dan amanah dalam mendidik anak bangsa di negeri Sabah tercinta ini.
Teringat aku pada minggu pertama, aku bersama dengan member aku menaiki kereta ke sekolah bersama-sama. Mana taknya kereta viva sebijik tuh muat 6 orang. Alangkah sempitnya ruang yang sarat dengan muatan manusia dan bahan mengajar.
Pada waktu itu aku bangun jam 4.30 pagi... menyiapkan sarapan yang perlu dibawa... setiap hari aku dan member aku Ina yang dari Kelantan tu (pakwe dah ada lak..) sampai ke sekolah jam 6 pagi dan balik jam 2.30 petang.
Bukan pasal sesuka datang awal menggiler dan menyusahkan pak guard.. tapi kami menyewa kereta viva 6 orang, ada la 3 destinasi sekolah perlu dituju... pasal itu aku dan kawan aku kena dihantar dulu kerana sekolah lebih dekat dari rumah dan terpaksa menunggu balik member yang dari sekolah paling jauh hampir 45 minit perjalanannya... (tertakluk kepada perubahan...)
Itu belum diambil kira member lain tuh ada meeting aarr... itu laaa...
Sekarang aku dah pun beli sebuah motosikal biasa bersama dengan member aku Ina...
Insya'allah dalam tahun nie.. aku nak hantar kereta aku di Semenanjung ke sini pulak.. dapat lah aku berjalan-jalan mencari pengalaman yang aku dahagakan...
Walau bagaimana pun aku sangat happy bila berada di sini... sekolah yang memberikan aku inspirasi untuk aku meneroka pengalaman yang tidak terhingga di bumi Sabah ini.
Harapan aku... agar murid aku mendapat ilmu sekurang-kurangnya sedikit agar itulah bekalan mereka sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah pulak.
Lagu Guru Malaysia
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-May-2009 01:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HTC Diamond akhirnya milik aku!
|
|
Salam,
Memandangkan aku duduk jauh giler.. tak tahu nak buat apa, aku beli handphone HTC Diamond di Karamunsing, Sabah.
Aku tak tahu, macam mana aku boleh suka dengan handphone model nie... sejak pertama kali aku tengok handphone nie je aku dah terpikat giler... sempat aku intai-intai model iPhone3G, Samsung, Asus tapi aku rasa model HTC Diamond tu lagi aku teruja.
Sempat aku shoot gambar handphone baru aku... aku harap handphone nie sedia berbakti kepada aku seadanya...
| Quote: | Processor Qualcomm® MSM7201A™ 528 MHz
Operating System Windows Mobile® 6.1 Professional
Memory ROM: 256 MB
RAM: 192 MB DDR SDRAM
Internal storage: 4 GB
Dimensions 102 mm (L) X 51 mm (W) X 11.35 mm (T)
Weight 110 g (with battery)
Display 2.8-inch TFT-LCD flat touch-sensitive screen with VGA resolution
Network HSDPA/WCDMA:
•Europe/Asia: 900/2100 MHz
•Up to 384 kbps up-link and 7.2 Mbps down-link speeds
Tri-band GSM/GPRS/EDGE:
•Europe/Asia: 900/1800/1900 MHz
(Band frequency and data speed are operator dependent.)
Device Control TouchFLO™ 3D
Touch-sensitive navigation control
GPS Internal GPS Antenna
Connectivity Bluetooth® 2.0 with EDR, A2DP & AVRCP
Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g
HTC ExtUSB™ (11-pin mini-USB 2.0 and audio jack in one)
Camera Main camera: 3.2 megapixel color camera with auto focus
Second camera: VGA CMOS color camera
Audio Built-in microphone, speaker and FM radio with RDS
Ring tone supported formats:
•MP3, AAC, AAC+, WMA, WAV, and AMR-NB
•40 polyphonic and Standard MIDI format 0 and 1 (SMF)/SP MIDI
Battery Rechargeable Lithium-ion or Lithium-ion polymer battery
Capacity: 900 mAh
Talk time:
•Up to 270 minutes for WCDMA
•Up to 330 minutes for GSM
Standby time:
•Up to 396 hours for WCDMA
•Up to 285 hours for GSM
Video call time: Up to 145 minutes for WCDMA
(The above are subject to network and phone usage.)
AC Adapter Voltage range/frequency: 100 ~ 240V AC, 50/60 Hz
DC output: 5V and 1A
|
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-May-2009 07:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Ibu...
|
 |
|
Di KLIA pada Januari 2009 dahulu...
|
|
|
Salam,
Bila aku buka akaun e-mail aku di idd@live.com.my , aku terima satu e-mail daripada member baik aku di sekolah dulu...
E-mail tu bertajuk "Selamat Hari Ibu"... aku lantas membaca e-mail yang ingin dikongsi oleh member aku kepada aku... bila aku baca.. terharu aku.
Mana taknya, 9 bulan 10 hari aku berada di dalam kandungan ibu aku... kadang-kadang aku rasa banyak dosa aku dah lakukan kepada ibu aku... kadang-kadang bukan mudah untuk menjaga perasaan orang tua kita... mungkin di mulut ibu kita mudah gembirakan kita tetapi di dalam hati tiada siapa yang tahu...
Paling aku ingat peristiwa masa aku di sekolah rendah dulu... ibu aku mengejutkan aku bangun dari tido nak ke sekolah... mana taknya bangun jam 5.30 pagi lak tu... walaupun aku nie tido ibu aku tetap memakaikan baju sekolah untuk aku...
Bukan itu sahaja, waktu aku sekolah rendah, ibu aku lah yang menunggu aku dari tengahari sampai petang di sekolah ketika aku belajar di kelas bahasa Cina... Kadang-kadang aku rasa macam aku menyusahkan ibu aku jer...
Susah untuk kita balas jasa mereka... kini ini lah masa aku membalas jasanya.
Terima kasih ibu... Wan sayang mak...
| Quote: | Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
|
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-May-2009 08:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mei 2009... bulan yang bermakna
|
 |
|
1Borneo, Sabah
|
|
|
Salam...
Bulan Mei adalah bulan yang sangat bermakna buat aku...
Mana taknya... bulan nie aku dapat balik ke Melaka... dan bulan ini jugak aku dapat menghadiri konvokesyen di Putrajaya... bukan itu sahaja, niat aku nak belanja family aku makan besaq kat ikan bakar insya'allah tercapai...
Cuti lama betul hampir 3 minggu aku di Melaka nanti...
Macam-macam nak beli... nak jalan-jalan di sekitar Melaka. Apa la Melaka sekarang nie agaknya kan... hehehe...
Tak sabar aku nak jumpa kawan-kawan lama aku semuanya... masa ini la masa untuk mengukuhkan silaturrahim sesama insan... insya'allah...
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Apr-2009 15:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
OOoooo..
|
 |
|
Rumah sewa aku
|
|
|
Salam...
Ceria x ari nie? Sempat aku posing sikit untuk mengkhabarkan diri aku kat sini. Anyway segalanya ok di sini. Sihat dan kesihatan aku alhamdulillah baik.
Kewangan? Rahsia ar... cuma aku sudah gemuk sikit... maklum la makan macam2... x tau nak buat apa jadi makan je la tido je la..... Tapi risau jugak, nie pun dok survey gym kat area sini...
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Apr-2009 07:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Labuan, Sabah...?
|
|
Salam sekali lagi...
Hari nie aku telah pergi ke Labuan, Sabah bersama dengan kawan aku.
Perjalanan ke sana dengan menaiki feri dari pengkalan Menumbuk, Sabah mengambil masa hampir 25 minit dengan bot laju yang berharga RM15.00 tambang sehala.
Kat sana aku sempat membeli coklat pelbagai perisa yang aku minat... terutama perisa pisang. Boleh tahan la harganya.. murah la jugak, maklum la bebas cukai... terutama coklat...
Nak coklat? Jom kita ke Labuan...
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Apr-2009 07:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Banjir oh banjir... di Beaufort
|
 |
|
Rumah sewa aku.1
|
|
 |
|
Rumah sewa aku.2
|
|
|
Salam sekali lagi,
Bila aku bercuti di Melaka selama seminggu pada bulan Mac, hati aku gelisah kerana ketika itu TV3 memaparkan kawasan Beaufort Sabah banjir besar... tambahan lagi aku terima sms dari kawan serumah aku berbunyi begini... "wei... rumah kita banjir sampai paras lutut... terpaksa aku tido di atas kerusi malam nie... esok aku nak ke KK"
time tuh aku dah terfikir mesti banjir kali nie lebih terok dari biasa yang aku alami... sampai jer aku di KKIA aku lepak umah member aku... dan keesokkan paginya aku balik ke Beaufort, Sabah.
Ternyata, memang betul banjir besar kali ini melebihi paras lutut... mana taknya beg baju aku atas kerusi pun boleh kena... inikan pula moto aku... uwaa... moto aku masok air!
Itulah antara cabaran yang aku lalui mencari sesuap rezeki di perantauan...
Salam perantauan,
wan fikri.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Mar-2009 06:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dari KLIA ke KKIA
|
 |
|
Melaka, Ayer Keroh
|
|
 |
|
KLIA bersama emak
|
|
|
Salam dan ceria,
Aku telah tiba di KKIA setelah hampir seminggu aku melepaskan rindu bersama keluarga di kampung, Melaka.
Mak dan adik beradik aku menghantar aku ke KLIA bersama-sama dengan beberapa barang peribadi termasuk cincalok... satu perkara yang aku sedih aku tak sempat nak bawa 5 botol cincalok ke Sabah disebabkan dihalang oleh pegawai imigresen... ya la takot meletop dalam kapal terbang pulak... so the moral of the story aku kena masokkan dalam taperware la nampaknya..
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Mar-2009 02:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sabah oh sabah...
|
 |
|
Kundasang, Sabah
|
|
 |
|
Kota Kinabalu International Airport
|
|
|
Salam,
Hampir empat bulan aku di Sabah bertugas di sini. Alhamdulillah semuanya bagus dan baik ketika aku di perantauan...
Banyak tempat aku lawati bersama dengan kawan baik aku iaitu Amir. Antara tempat yang dia bawa aku lawati seperti di Kundasang, Kota Belut, Inanam, Ranau dan sekitar Kota Kinabalu.
Terima kasih kepada kawan baik aku itu.
Tentang kerja aku di sini, alhamdulillah aku enjoy dengan kerja aku sebagai seorang guru di sini. Guru-guru di sini semuanya baik-baik belaka dan menerima dengan tangan yang terbuka aku dari Semenanjung.
Tentang rumah? Ahaks.. Tunggu next blog yer...
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Feb-2009 14:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Beaufort Sabah...
|
|
Hi jumpa lagi,
Sebelum ini aku ditugaskan untuk menjadi AJK Pengelola bagi sukan peringkat zon, kini aku menjadi AJK Pengelola peringkat Daerah pula...
Salam perantauan,
wan fikri
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|