Want your
own Fotopage?






 
::- WeLcOmE tO IDD oNLinE FotOPaGeS ::-
wan, fikri, idd, melaka, sabah, kpm, malaysia, guru, sekolah, rancangan, klias, savvy, htc, ibu
By: Wan Fikri de Orange

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 20-Sep-2009 02:51 Email | Share | | Bookmark
Raya pertama - Melaka

 
 
 
View all 5 photos...
Alamak... dah jam 7.45 am, alamat lewat la aku gi masjid menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri. Kelam kabut aku mandi dan berbaju melayu.

Sempat aku bersalaman dengan ibu aku dan adik beradik. Cuma adik aku yang ketiga belum sampai dan ayah aku pun belum sampai. Cepat-cepat aku ke masjid. Ramai giler orang di sana... Ya laa nak solat sunat mesti lah ramai lagi pun setahun sekali kan??

Aku ke masjid bersama kereta kesayangan aku yang aku namakan si-oren..



Salam aidilfitri
Maaf zahir batin

Salam perantauan,
wan fikri

Care to comment?


Monday, 7-Sep-2009 08:42 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri

 
 
Salam semua,

Lama sudah aku tidak kemaskinikan blog aku nie. Mana taknya... sibuk sangat aku di sini. Sambutan Ramadhan aku kali ini adalah di Sabah negeri tercinta.

Pada 21 Ogos lalu aku sempat bercuti selama seminggu di Melaka dan berbuka puasa dan bersahur bersama dengan keluarga tercinta. Masa itulah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan di bulan yang mulia ini.

Kini aku menjalani ibadah puasa di Beaufort, Sabah. Alhamdulillah sempat jugak aku solat tarawikh di masjid Beaufort jika ada kelapangan.

Ini jugak la kali pertama aku berbuka puasa awal. Kalau di Semenanjung, sekitar jam 7.20 petang - 7.29 petang sudah berbuka puasa tetapi di sini jam 6.20 petang - 6.28 petang sudah berbuka puasa. Mana tidaknya, di Sabah ini malamnya awal. Kira perbezaan 1 jam tuh.



Sempena bulan yang baik ini aku dengan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & Berbuka Puasa kepada muslimin dan muslimat dan Salam Aidilfirti & Maaf Zahir Batin. Halalkan makan dan minum jika ada dan maafkan jika keterlanjuran kata yang mengguriskan hati dan perasaan.

Salam perantauan,
wan fikri


Care to comment?


Saturday, 15-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Karambunai Nexus

 
 
 
Hi..

Boring aku hari nie. Tak tahu nak buat apa hujung minggu nie. Aku pun member aku ajak berjalan-jalan di tempat yang menarik. Member aku pulak kaki jalan. Apa lagi kami pun pergilah singgah di Karambunai Nexus.

Member aku pun cakaplah di Karambunai tu pantainya indah dan menarik sekali. Sesuai untuk melihat matahari terbenam. Memang indah sekali bila matahari terbenam. Ada jugak beberapa orang yang sempat mengambil gambar matahari terbenam.

Aku pulak sempat bergambar... hehehe... Itulah kebesaran ciptaan Allah begitu indah sekali ciptaanNya.

Salam perantauan,
wan fikri

Care to comment?


Sunday, 9-Aug-2009 05:35 Email | Share | | Bookmark
SK Rancangan Klias Beaufort Sabah

 
 
Salam,

Hai apa khabar? Hari nie sempat aku memasukkan gambar murid Tahun 1 di SK Rancangan Klias Beaufort Sabah.

Seperti biasa, mereka antara anak murid yang aku sayangi... mana taknya, murid-murid tu mendengar nasihat dan arahan yang aku berikan... dalam erti kata yang lain kanak-kanak yang berumur 7 tahun senang dibentuk dan diberikan tunjuk ajar.

Aku mengajar Pendidikan Muzik Tahun 1 dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahun 1. Masa aku tangkap gambar tu, time tu aku tengah ajar muzik la... kiranya murid tu semua sedang menyalin lirik lagu... sebelum mereka menyanyi bersama-sama dengan aku...

Salam perantauan,
wan fikri


he he...muka kita dulu2 macam ni kot...he he... Tue 18-Aug-2009 15:11
Posted by:Lin
Idd..next time amik gmbar bdak2 k.mai lg ek...ngan cgu cantik drang sekali la senang..hehehe Thu 20-Aug-2009 11:53
Posted by:Kak Mai maiza_ain@yahoo.com
hye.... slmt mlm....comel juak ank murid ko Tue 1-Sep-2009 13:54
Posted by:pryncez_tia pryncez_tia@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Friday, 17-Jul-2009 11:11 Email | Share | | Bookmark
Sahabatku... Thanks datang ke Sabah...

 
 
 
View all 8 photos...
Salam..

Pertama sekali aku nak berikan tepukan yang gemuruh buat 2 orang kawan aku yang akhirnya berjaya menjejak kaki ke Sabah negeri tercinta ini...

Terima kasih kerana sudi melawat aku kat sini... terharu bertambah sedih bila berjumpa dengan mereka... dah lama dah aku kenal mereka... sejak umur aku 18 tahun sampai sekarang... thanks Raha and Lin...


Satu kenangan...


Siap dia orang bawak kuih untuk aku tau nie buat aku bertambah sayang as sahabat...

Aku ada masukkan beberapa gambar di sini untuk kenangan buat mereka...



Salam perantauan,
wan fikri

Terima kasih sebab sudi jenjalan dengan kita orang. Lain kali boleh datang lagi. Wed 22-Jul-2009 09:23
Posted by:Lin
Salam dan salam sejahtera,

Ingin memperkenalkan sulam Qistina
dari Bukit Tinggi Indonesia
Seni sulam yang berkualiti, kemas dan cantik

Jom
http://sulamqistina.blogspot.com

Sesuai untuk semua majlis
Dinner, perkahwinan, pertunangan, hari raya dan sebarang majlis
Boleh bayar 2 kali & FREE DELIVERY

Jom SULAM QISTINA
http://sulamqistina.blogspot.com

Terima kasih...
Mon 3-Aug-2009 15:03
Posted by:unnamed
waa, ni kira sahabat sejati la ni ek...terharu2.. Mon 3-Aug-2009 23:52
Posted by:::ibnwanza::  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 27-Jun-2009 15:08 Email | Share | | Bookmark
Rumahku...

 
 
 
View all 5 photos...
Salam,

Bertemu kembali...

Sudah seminggu aku telah tinggal di rumah sewa di sini... walaupun aku duduk seorang, aku rasa gembira.

Ada aku tangkap gambar dalam rumah aku untuk korang tatapi... hehehe

Salam perantauan,
wan fikri

Cantik rumah kau Idd! Sun 28-Jun-2009 10:36
Posted by:Zaq ling_abu@yahoo.com
salam...aty2 duk sorang kat umah tu.... Sat 1-Aug-2009 18:01
Posted by:norremi
Add comment


Thursday, 18-Jun-2009 09:24 Email | Share | | Bookmark
Mari mengecat!

 
 
 
Salam,

Cuti sekolah aku selama 2 minggu ini aku sibuk mengecat dapur rumah mak aku... sempat aku tangkap gambar hasil pengecatan aku nie... hebat tak??

Terima kasih tak terhingga kepada adik beradik aku yang bertukus lumus (tolong ker...) membantu aku mengecat rumah...

Walaubagaimana pun... cuti akan datang nanti aku akan cat di luar rumah pulak menggunakan warna yang cantik.

Salam perantauan,
wan fikri

Care to comment?


Wednesday, 10-Jun-2009 09:05 Email | Share | | Bookmark
Oh bot...

di atas bot bersama anak buah
Sebelum menaiki bot.. seksa menunggu
nie dah 40 minit lamanya...
View all 5 photos...
Salam semua,

Alhamdulillah, sepanjang minggu ini aku sibuk mengecat rumah... (gambar tersebut akan dimuat turunkan esok)... dan meraikan Hari Lahir adik aku yang ke 29.



Antara aktiviti yang aku buat, menaiki bot di Sungai Melaka. Tiket bot di Taman Rempah adalah RM10 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak termasuk bayi...

Pengalaman menaiki bot selama hampir 30 minit menunjukkan kami sekeluarga menikmati panorama pelbagai bangunan lama yang masih tersegam indah di tepi Sungai Melaka.



Cuma apa yang dikesalkan, waktu menunggu amatlah terseksa... hinggakan waktu menunggu hampir 1 jam lamanya...

Salam perantauan,
wan fikri

huhuhu...muka baby and ibu dia tak jelas ler....
Correction...masa menunggu tu around nak dkt 2jam ler....naik hanya 45min jerk!!!!....
Papepun best!!!! Yang penting mak happy....
Thu 11-Jun-2009 03:44
Posted by:Anor (bestday gurl) norziah.mdhashim@vads.com
oh ya ker... hehehe lupa lak Tue 16-Jun-2009 16:12
Posted by:idd idd@live.com.my  - [Link]
bye... Wed 17-Jun-2009 02:16
Posted by:padie nadzlan@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 1-Jun-2009 10:49 Email | Share | | Bookmark
Hari Konvokesyen, Putrajaya

 
 
 
View all 6 photos...
Salam semua,

Hari nie merupakan hari yang istimewa... buat diri aku dan orang yang menyayangi diriku seadanya...

Hari konvokesyen aku telah diadakan pada 29 Mei 2009 (Jumaat). Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, dan aku mendapat cemerlang ... Acara konvokesyen telah diadakan di Putrajaya yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga ke 11.00 pagi.


Aku bersama dengan emak aku...

Sempat aku mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama-sama dengan anda semua...



Salam perantauan,
wan fikri

tahniah

Tumpang iklan sikit ya tuan rumah

Berminat dalam image editing? Kelas Adobe Photoshop CS3 kini dibuka untuk pendaftaran. Maklumat lanjut sila layari

http://www.kedai-aida.com

Dapatkan juga produk-produk lain kami :
Babees Products | Pearl Products | Crystal Products

Promosi Jun 2009. Penghantaran percuma untuk Babees Produk.
Wed 3-Jun-2009 04:01
Posted by:alamak godampc@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 21-May-2009 11:10 Email | Share | | Bookmark
Balik kampung...

 
 
Quote:
Sudirman ( Sudirman )

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )




Wow...

Countdown yang tidak sampai 48 jam lagi aku akan meninggalkan Sabah buat seketika... kenangan yang manis dan pahit...

Yang manis itu amat bermakna umpama madu... yang pahit adalah racun yang sukar untuk diubati...

Pelbagai dugaan yang aku hadapi secara sengaja mahupun tidak sengaja... pengalaman bersama rakan perantauan... sukar untuk aku lupai... tapi aku akan cuba melupakan...

Aku kadang-kadang terfikir seketika betapa ramai menyayangi diri ku ini... di Sabah negeri tercinta ini aku menghargai saat bersama mereka...

Oh.. lama benar aku meninggalkan kampung halaman... rindu untuk aku menemui mereka... banyak gak ole-ole aku beli dari Sabah...

Harap perjalanan jauh ku ini selamat sampai ke destinasi tercinta...



Salam perantauan,
wan fikri

Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.