|
|
| Wednesday, 20-Jun-2007 02:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kembang Terhalang - Gamma
|
|
| Quote: | Kembang Terhalang
Artist: Gamma
Rindu tenggelam berselubung pilu
Bunga-bunga cinta kembang terhalang
Kemarau menghampiri
Mungkingkah dia merawat lara
Di ditinggalkan pergi untuk selamanya
Bagai diriku jua
Dalam rindu membuai derita
Di penghujung alam cinta
Mungkin ada penawar rahsia
Walau hanya secangkit saja
Kita sama rantai jiwa diolokkan cinta
Di sini aku tercambah rindu
Ingin ku membelai untuk pengimpian
Untuk harungi jiwa
|
18/06/07
Merupakan hari yang paling sibuk buat aku. Mana taknya dari pagi hingga petang mesyuarat dengan pengurus... ish... banyak agenda dan misi yang perlu diselesaikan.
Aku ada terima sms daripada adik ipar aku yang memaklumkan aku tarikh ini merupakan tarikh lahir ulang tahun adik aku yang ke 27. Happy birthday yang ke 27 buat adik aku...
19/06/07
Aku tidak dapat bekerja pada hari ini disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan... Sms kat Lin tapi dia x balas, maybe sibuk dengan kerja kat sana... aku tau aku pernah menjawat jawatan Eksekutif Akaun kat kilang dan akur memang sibuk giler... sampaikan makanan bfast tak terusik sampai tengahari... apa2 pun aku harap Lin tabah...
Aku ke KL ada urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pergi balik naik bas ekspress jer... senang dari drive dengan kete savvy aku memang memenatkan... nak gak tido2...
Jam 8.15 malam aku baru sampai Melaka dari KL... tapi satu kenangan yang membawa aku ke alam 80an, pemandu bas memasang radio Sinar.fm terdengar aku lagu Kembang Terhalang nyanyian kumpulan rock terkemuka waktu dulu.. kumpulan Gamma... Best sangat lagu tuh... aku suka... sure korang pun suka... nak2 time cintan2 nie...
Dengarkan lagu itu di sini http://www.youtube.com/watch?v=7paGqeAQNjU
Dengarkan pantun untuk semua:-
Terima kasih saya ucapkan
Mengukir senyuman melirik mata
Moga hubungan bertambah kenalan
Mengerat ukruwah sesama kita
http://idd.fotopages.com
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Jun-2007 07:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seribu Tahun Takkan Mungkin
|
|
| Quote: | BumiPutra Rockers / BPR
Seribu Tahun Takkan Mungkin
Di mata mu mencermin kan rindu
Di mata mu adalah kenyataan
Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu
Tak mungkin akan ku lepaskan ikatan ini
Mendung hitam adalah semalam
Silau mata dari kilauan cinta
Hati ku ini sayang tak mungkin berubah
Selagi kau berpegang teguh pada janji
Setiap kata yang terucap
Setiap nada yang tercipta
Hanyalah untuk mu
Satu tak terpisah
Seribu tahun takkan mungkin
Bisa menghuraikan sebuah
Cinta yang kau beri
Untuk diriku yang pilu
|
Terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan komen di dalam fp saya ini.
Minggu ini banyak kerja kena siapkan almaklum sajalah sorang member aku cuti lama (cuti kahwin) dan akulah penyelesai tugas2 dia... ish 10 hari tuh... Apa2 pun dia dah pun selesai menjalani era perkahwinan.Tunggu turn aku jer...
Sabtu lepas pulak aku sempat hadiri rakaman forum perdana anjuran RTM yang telah diadakan di padang Politeknik Melaka yang dihadiri oleh salah seorang penceramah yang aku kagumi, Datuk Fazilah Kamsah. Nanti kemunculan rakaman tuh yer...
Sementara menunggu kereta aku servis kat proton edar, sempat aku bergambar kat tepi jalan... nampaknya Lin jadi mangsa aku untuk tangkap gambar aku...
Bab lagu kali ini sempat aku mencari sebuah lagu slow rock lama yang popular pada era 1980 an. Kira lagu ini memang ramai yang tahu rentaknya...
Dengarkan di sini http://www.youtube.com/watch?v=diofOs8TO5Y
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Jun-2007 04:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kau Sahabat Kau Teman
|
|
| Quote: | Hijjaz (Munif Ahmad)
Kau Sahabat Kau Teman
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
|
LIMA CARA PILIH SAHABAT
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=NcEyGU8eB2M
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Jun-2007 12:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sebentuk Cincin Permata Berlian
|
|
| Quote: | Sebentuk Cincin Permata Berlian ( Rakaman Asal )
Sebentuk cicncin permata berlian
Untukku nak bertunang
Kusuruh ibuku meminang
Pada dia gadis rupawan
Pinangan ku sudah diterima
Disambut dengan gembira
Kudengar hatiku mesra
Lalu menjemput sanak saudara
Korus:
Sayang jodoh tak panjang
Bahgia hanya sebulan
Apa nak dikesalkan
Tanam padi tumbuhnya lalang
Moga tuhanku bersabar
Jodoh di tangan tuhan
Jangan selalu dikenangkan
Jika dikenang merosak badan
|
Meriah, memang meriah bila tiba musim sekolah banyak undangan ke majlis perkahwinan... Kepada mereka yang telah menyambut majlis perkahwinan atau akan sambut... selamat pengantin baru dari aku, moga kekal ke anak cucu... aku jer yang belum berpunya dan berkahwin,,,
Aku pulak sibuk siapkan video majlis perkahwinan yang aku tangkap... kira penat kepuasan dok edit kasi effect dan nampak real... tak sabar nak tengok hasil yang aku buat walaupun lambat disebabkan aku sempat buat edit video pada sebelah malam sahaja maklum la keje opis hour...
Oh ya... lagu Sebentuk Cincin Permata Belian nie aku suka. Lirik lagu yang simple tapi penuh dengan kiasan yang tersirat... dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=qDnC4DVijrc
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Jun-2007 13:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari
|
 |
|
aku keletihan di pejabat
|
|
 |
|
salah satu gambar kahwin
|
|
 |
|
letih rakam video di Pagoh...
|
|
|
| Quote: | Lestari (Lan Laga / ?)
Sekelip Mata Kau Berubah
Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya
Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini
( korus )
Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan
Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu
Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan
|
Alhamdulillah, dapat jugak aku ringankan jari jemari aku untuk berkongsi dengan korang semua... abg2, kakak2, adik2... Selesai aku tangkap video perkahwinan klient aku... walaupun penat tapi ok la jugak habuannya... Apa yang kelakar, sorang mamat cina nie yang jadi kameraman tanya aku nie cina ker... punya la kelakar... aku cakap la aku nie kacukan cina, kira moyang aku cina aaar... tapi cakap bahasa cina je tak tau...
Oh ya, lagu nie aku suka masa tahun 1980an yang popular... kira time aku lahir zaman british (ya ke british?) lagu2 lama nie memang lentok banding dengan lagu zaman sekarang... dasyat giler lagu lama kira penangan jiwang... tu yang kahwin ramai kekal... maklum la jiwang karat Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=pp0SqJCbcJ8
Time nie aku baru jer selesai siapkan laporan bulanan akaun... sempat posing... Salam sayang untuk semua - idd
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Jun-2007 04:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lamunan Terhenti
|
 |
|
Bertolak ke Pagoh
|
|
 |
|
Muka aku yang poyo!~
|
|
 |
|
Handset Lin kawan aku
|
|
|
| Quote: | Aris Ariwatan (Saari Amri)
Lamunan Terhenti
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
( ulang 1, 2 )
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini
|
Salam semua, lama juga aku tak updatekan fotopages ini. Oh ya, petang nie aku kena pergi ke Pagoh, Muar untuk merakam video majlis perkahwinan. Apa nak buat dah bertugas... Biasa la cuti sekolah nie macam2 even wedding lak.. Tapi nasib baik adik aku temankan aku... bukan apa jalan jauh nie kang bawak sorang2 leh ngantuk
Lagu nie aku teringat masa time tingkatan 4 (teka berapa umur aku sekarang?), time tuh aku nyanyi lagu ini atas pentas sempena Hari Guru 1995. Punya la ramai budak pompuan yang bagi kuntuman bunga... macam artis. Tu belum lagi yang lelaki bagi bunga jadikan aku abang angkat... siap buat lakonan duduk atas kerusi sambil tengok frame gambar kecik... sungguh romantik...
Apa2 pun time tuh memang la glamor sakan... siap awek aku jelous... (sekarang awek aku dah kahwin dengan orang lain... tapi bercerai). Den Jom kita dengarkan lagu nie... kat sini... http://www.youtube.com/watch?v=OVCyBKax9dI Nak tau apa ending aku dengan bekas awek aku? Aku dah jadi kawan dengan dia walaupun dia janda anak satu...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-May-2007 11:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pelangi Petang
|
|
| Quote: | Sudirman
Pelangi Petang
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
( ulang dari korus )
|
Nampaknya demam AF5 dah pun berakhir.
Sejak akhir-akhir nie aku tak tahu kenapa aku tak boleh tidur awal... mungkin aku banyak fikirkan liku kehidupan aku yang penuh onak duri...
Lagu Sudirman ini mengingatkan aku kisah dengan seorang insan yang aku sayang dahulu. Dialah insan yang pertama yang aku kenang... Membawa aku ke dunia percintaan
Tapi kini aku dah berpisah hampir 8 tahun lamanya... aku masih tahu di mana rumahnya tapi malu untuk berjumpa kerana aku tahu dia pasti sudah melupakan aku atau sudah bahagia bersama insan tersayang.
Buat ixxxxxxx yang tinggal di Ampangan Seremban, lagu ini untukmu. Salam persahabatan dari wan di Melaka. Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=y5BnUiSdhy0
Aku baru je kemaskini laman web aku di http://www.idd.host.sk Ada masa lawat lah yer...
Salam perkenalan
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-May-2007 11:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sinar Cinta - Ebi AF5
|
|
| Quote: | Sinar Cinta - Ebi AF5
Lagu: M.Nasir (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)
Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)
Andainya malam ini
Kau lihat bulan
Tentu kau dapat perasaan cahayanya
Tak seperti semalam
Kau kan tertanya
Mengapakah begitu
Sedangkan
Dah pun kutemu
Apa jawapan yang tersirat
Sesungguhnya sinar kau terasa
Hilang hanyalah cinta
Cinta kita yang dah sebati
Kita kan dah terbiasa
Sehingga kita jadi lupa
Siapa kasih di depan mata
Yang setia
Kita lupa
Kita saling perlu memerlukan
Sedangkan
Tak pernah lupa padanya |
Semalam aku keluar dengan Lin, Aida dan Zul pi Mahkota Parades, Melaka. Sesaja pi beli buku (x nak bagi tau buku apa) . Lin sempat beli buku Mengenal Cinta. Ahakss... maybe dia nak belajar skill goda kot... Jangan marah ya Lin.
Hari nie pulak kepala aku pening sikit siapkan slide powerpoint untuk presentation bengkel akaun yang akan diadakan dalam minggu nie. Ya la... dah aku kena jadi penceramah, kena la pi cari bahan ceramah tentang SOP kerja akaun dan asas perakaunan dalam kerjaya. Nie baru jer siapkan 30 slide, banyak lagi yang aku kena masukkan. Mana taknya ceramah kena kasi kauwww sampai 4 jam... berbuih anak tekak aku pulak. Harap dia orang faham apa yang nak aku terangkan... kalo x paham jugak... tak tau la...
Kali ini aku kirimkan lirik lagu Sinar Cinta lagu terbaru konsert final AF5 Ebi. Bila dengar berkali-kali sedap lak halwa telinga aku... walaupun Eb nyanyi sumbang sikit. Dengarkan disini... http://www.youtube.com/watch?v=tevhNjGvLcM
Gambar 1 - Tangan aku yang dalam kesejukan...
Gambar 2 - Gambar candid tuh...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-May-2007 06:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mila - Juara Akademi Fantasia 5
|
|
| Quote: | Tajuk: Persis Mutiara
Artis: Mila
Pelajar: Mila
Lagu: Ajai
Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)
Biar kau tunduk bisu
Aku tahu
Gelora hatimu
Engkau mahu
Aku lafazkan rindu
Biar kau hanya diam
Aku selam
Jiwamu terdalam
Perasaan cintamu yang kau pendam
Kata paling terindah
Tak mungkin bisa ucapkan
Hakikat rasa yang ku rasakan
Pabila ku renung ke matamu
Terlihat ku hatimu kasih
Persis mutiara
Sinarmu mendamaikan
Pergolakan
Insan yang lelah mengembara
Tak terbilang kesan-kesan luka
Titis hujan airmata
Tenang sebentar pedih semula
Buatku rasa gentar
Membisikkan hasrat hati sebenar
Sekalipun engkau inginku lamar
Kasihku |
Malam tadi merupakan malam terakhir konsert terakhir AF5 yang memang milik Mila, juara AF musim ke 5 yang sekali gus memecah tradisi dominan yang selama ini dikuasai oleh lelaki. Tahniah dari aku buat Mila.
Secara keseluruhan persembahan malam ini aku bagi 3 bintang jer, ini komen aku:-
Ebi, merupakan calon favorite aku pada mulanya... tapi time final nie punyala hampa lagu baru Sinar Cinta yang dinyanyikan seolah-olah tidak cukup menjalani latihan... Melodi lagu yang baik oleh M.Nasir dan lirik yang cuba digarap oleh Loloq gagal dijiwai oleh Ebi... apatah lagi lagu Farhana yang dipopularkan oleh jinbara lagu kedua yang dinyanyikan seolah-olah seperti over pulak.. mungkin Ebi ingin memberi tekanan persembahan kedua yang mana persembahan pertama yang mengecewakan atau mungkin dah merasai yang dia bakal menjadi juara kot... Juara ke?
Heliza, antara calon pelajar yang bertudung muncul ke final. Tahniah Heliza kerana mampu memberikan persembahan yang baik sekali semalam. Tapi mungkin aura Heliza kurang sebelum ini belum mampu memberikan keyakinan kepada pengundi-pengundi AF5.
Candy, merupakan pelajar yang memberikan keyakinan kepada pengkritik tetap mendapat pujian setiap kali konsert mingguan dibuat. Bagi aku la, ini bukan la calon favorite aku. Tak tahu kenapa pulak... pendapat anda? Malam semalam memang Candy memberikan persembahan yang baik sekali tapi itu belum lagi membuka mata pengundi untuk mengundinya.
Aswad, antara jolokan undian simpati yang diberikan kepadanya.Kedudukan Aswad melonjak sejak konsert ke 7.Mungkin ramai yang bersimpati dengannya berdasarkan latar belakangnya. Persembahan semalam untuk lagu yang baru Bila Mati Cinta Terhenti memang menarik. Cuma Aswad seolah-olah gagal memukau peminatnya dengan corak persembahannya yang kurang menyengat. apatah lagi kurang menjiwai lagu tersebut.
Mila, antara nama yang mendapat liputan media seminggu sebelum konsert akhir AF5 ini bermula semalam. Gadis comel yang memiliki suara yang baik berjaya membuktikan lagu baru Persis Mutiara oleh Ajai dan lirik oleh Loloq boleh dibawa dengan begitu baik sekali sehinggakan aku dengar kali pertama dah terpikat dengan melodi yang indah. Persembahan yang ditunjukkan malam semalam telah membuktikan yang Mila memang layak menjadi Juara AF5 kali ini.
Dengarkan lagu Persis Mutiara disini... http://www.youtube.com/watch?v=T2-rmM0Nx-M
Juara AF5
Gambar yang aku tangkap semasa berada berhampiran dengan JayaJusco Maluri, KL baru-baru ini.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-May-2007 15:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Secebis Harapan
|
|
| Quote: | Nora - Secebis Harapan
Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan...... |
Aku tak tahu bila aku terjaga jam 1 pagi aku terlihat pancaran guruh di langit lantas aku sempat mencuri gambar... begitu besar kebesaran Allah S.W.T. kepada alam ini.
Aku tak sempat nak tidur semula kerana angin kuat menakutkan aku...apa lagi aku dengar lagu Secebis Harapan kat radio Era. Pergh... kesunyian sangat jiwa aku. Ya la orang macam aku nie tak ada makwe... Apa nak buat... tak de orang yang sayangi aku melainkan family aku dan kawan-kawan. Niat memang nak bercouple... tapi banyak gadis mempermainkan cinta ini...
Oh ya aku minat dengan Nora, nama penyanyi yang tidak asing di persada muzik tanahair... lagu Secebis Harapan sungguh menarik melodinya jika dihayati bebetul... Dengarkan lagu ini di sini... http://www.youtube.com/watch?v=CmrFVfgaMvg
Keagungan Allah Yang Maha Esa
Bila tiada awek... begini la jiwaku yang sunyi...
|
|
|
|